Memasuki tahun kelima penganjurannya, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR) kembali pada tahun 2026 dengan kemeriahan yang luar biasa.
Festival yang pernah menerima pengiktirafan daripada The Malaysian Book of Records sebagai Expo Festival Raya terbesar di Malaysia pada tahun 2024 ini merupakan hasil penganjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management.
Artikel Berkaitan: Blood Brothers Gegarkan Absolut Bazaar, Peminat Sanggup Bersesak & Teruja Jumpa Barisan Pelakon
Artikel Berkaitan: Jom ‘Shopping’ Sakan Selama 66 Jam Tanpa Henti Di Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024
Tiga lokasi utama
View this post on Instagram
Buat julung kalinya tahun ini, ABxFGR telah memulakan jelajah festival Raya merentasi tiga lokasi utama, bermula dengan destinasi antarabangsa pertama di BRIDEX Convention Centre, Brunei dari 27 Februari 2026 hingga 1 Mac 2026, diikuti PICCA, Pulau Pinang sebagai lokasi pilihan di utara Malaysia dari 6 Mac 2026 hingga 8 Mac 2026, dan kemuncaknya di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 13 Mac 2026 hingga 16 Mac 2026.
Seperti edisi sebelumnya, kemuncak ABxFGR 2026 diadakan selama 66 jam tanpa henti bermula 13 Mac 2026 pada jam 12.00 tengah hari hingga 16 Mac 2026, jam 6.00 pagi.
Sepanjang empat tahun penganjurannya sejak 2022, ABxFGR telah mencatat pelbagai pencapaian yang membanggakan. Festival ini berjaya merekodkan jumlah hasil jualan sebanyak RM61.5 juta dengan penyertaan 2,432 tapak reruai serta 334 vendor makanan dan minuman (F&B).
Selain itu, ABxFGR turut menarik kehadiran kira-kira 7.96 juta pengunjung sepanjang penganjurannya, di samping penglibatan lebih 400 selebriti dan sokongan daripada 125 rakan penaja. Festival ini juga menjadi platform kepada lebih 3,500 usahawan serta 700 jenama tempatan untuk mengetengahkan produk dan perniagaan mereka.
Menurut Pengarah dan Pengasas My Events International, Datin Wira Sabrina, pencapaian sepanjang penganjuran ini telah mengukuhkan lagi status ABxFGR sebagai Festival Raya yang paling ikonik dan pilihan utama pengunjung di Malaysia.
Ia juga memberi impak positif kepada ekonomi negara serta membuka peluang perniagaan kepada usahawan dan pemilik perniagaan tempatan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME).
Di samping itu, sebagai hentian antarabangsa pertama bagi acara ini, Brunei Darussalam menjadi fokus strategik bagi memperluaskan capaian jenama acara ABxFGR serta meraih potensi pasaran baharu di negara tersebut.
Sementara itu, Pengarah Urusan Absolut Events & Management, Encik Nur Ali Nadzwan berkata, skala penganjuran ABxFGR 2026 ini telah diperluaskan ke Brunei dan Pulau Pinang serta turut diperbesarkan dengan penambahan ruang pameran bagi menempatkan lebih banyak tapak reruai di acara kemuncak.
Kami amat menghargai sokongan barisan penganjur pada tahun ini dalam merealisasikan impian kami untuk menembusi pasaran baru di peringkat antarabangsa serta bahagian utara Malaysia.
Pelbagai tawaran menarik
View this post on Instagram
Pihak penganjur turut memperkenalkan barisan rakan penaja di mana ABxFGR dimaniskan oleh Kunafa Aiwahhh, diikuti SPayLater sebagai kaedah pembayaran BNPL rasmi, Bank Rakyat sebagai bank rasmi, Power Root sebagai minuman eksklusif, Cik B Salmon Skin sebagai rangupan rasmi dan Sugar Bomb sebagai wangian rasmi.
REV Media Group adalah media rasmi dan Ombak Exclusive selaku percetakan rasmi bagi acara ini. ABxFGR 2026 ini juga diserikan dengan rakan penaja yang lain seperti Beauboss, Siti Khadijah, Varisha Collection, Keyes Bakehouse, Seri Bako, Opai Fragrance, HABIB, Cheetah dan Pure Lab.
Pihak penganjur turut membawakan kelainan tahun ini dengan menawarkan pilihan kaedah Buy Now, Pay Later daripada SPayLater.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan festival ini di setiap lokasi. Di Brunei, pengunjung berpeluang menyertai aktiviti Grab The Gold, manakala di Kuala Lumpur pula penganjur memperkenalkan Cengkaman Lebaran atau Human Claw Machine. Tidak ketinggalan, pengunjung di Pulau Pinang juga dapat merasai pengalaman mengujakan menerusi tarikan Money Chamber.
Dalam masa sama, pengunjung turut berpeluang menikmati Jualan Happy Hour serta persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal tanah air sepanjang tempoh penganjuran. Festival ini juga dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti dan usahawan ternama.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihak penganjur ABxFGR 2026 turut menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan termasuk anak-anak yatim dan persatuan ibu tunggal, sama seperti yang dilaksanakan pada tahun lalu. Inisiatif ini diharap dapat diteruskan sebagai satu tradisi pada masa hadapan.
Penganjur juga berharap ABxFGR 2026 akan terus menjadi platform utama dalam memperkenalkan produk serta perkhidmatan usahawan tempatan, di samping menawarkan pengalaman membeli-belah persiapan Aidilfitri yang lebih lengkap kepada para pengunjung.
Orang ramai turut disarankan untuk mengikuti akaun media sosial rasmi ABxFGR bagi mendapatkan maklumat terkini serta perkembangan terbaru mengenai penganjuran festival ini.
The post Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2026 Rentas Tiga Lokasi Berlainan, 66 Jam Tanpa Rehat Di Acara Kemuncak! first appeared on OHBULAN!.





