32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan kekal Budi Madani Diesel RM300 sebulan, bantuan tambahan RM100

    Shopee Sale

    Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI Madani Diesel sebanyak RM300 sebulan serta bantuan tambahan interim RM100 kepada penerima yang layak, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

    Beliau berkata langkah tersebut, bertujuan mengurangkan tekanan kos sara hidup susulan peningkatan harga bahan api global.

    “Kerajaan akan meneruskan intervensi bersasar, termasuk mengekalkan bantuan BUDI Madani Diesel sebanyak RM300 sebulan serta bantuan tambahan interim RM100 kepada penerima yang layak,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global di Kuala Lumpur hari ini.

    Pada masa sama, Akmal Nasrullah berkata Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) juga bersetuju supaya cadangan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) disusuli selanjutnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

    Beliau berkata penambahbaikan itu, melibatkan penyelarasan kuota subsidi diesel secara seimbang bagi memperkukuh kawalan ketirisan tanpa menjejasan operasi perniagaan serta rantaian bekalan.

    MENARIK:  Tuntut tanah adat: Pemimpin Orang Asli tunjuk tinggalan sejarah di mahkamah

    “Berdasarkan data MySubsidi setakat 9 April 2026, sebanyak lebih 398,000 kenderaan telah berdaftar di bawah SKDS. Jumlah ini melibatkan lebih 375,500 kenderaan pengangkutan darat barangan dan sekitar 23,000 kenderaan pengangkutan awam,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) sebanyak RM300 sehektar, mula disalurkan hari ini.

    Akmal Nasrullah berkata inisiatif itu penting, memandangkan kos bahan api dan operasi pertanian boleh memberi kesan terus kepada rantaian bekalan makanan.

    “Program ini turut diperluas ke kawasan desa dan kampung terpilih, supaya rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah