32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ibu Bapa Wajib Tahu, Tips Bantu Anak Lancar Menulis Sebelum Melangkah Ke Alam Persekolahan

    Shopee Sale

    Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan berbeza, namun ibu bapa masih boleh membantu meningkatkan kemahiran mereka dengan cara yang santai dan menyeronokkan di rumah.

    Artikel Berkaitan: Tak Perlu Paksa! Ini Cara Ajar Anak Kenal Huruf Dengan Cepat & Mudah

    Artikel Berkaitan: Jangan Terlalu Bebas, Jangan Terlalu Kongkong –  Ini Cara Pantau Keselamatan Anak

    Cara bantu anak menulis

    Memetik laporan Kelab Mama, mengajar anak-anak menulis adalah langkah penting dalam perkembangan literasi mereka.

    Dalam pada itu, terdapat beberapa cara yang boleh diaplikasikan di rumah sebagai usaha membantu anak menulis.

    • Bacakan buku cerita

    Amalan membaca buku cerita ini mampu membantu memperkasa kosa kata mereka dan membuatkan mereka memahami huruf untuk membentuk kata.

    Bacakan buku setiap hari, tak kisah sama ada pada waktu petang atau sebelum anak tidur.

    • Merangsang kemahiran motor halus

    Ibu bapa boleh membantu anak dengan aktiviti seperti makan finger food, mengutip butang baju, atau melukis.

    Ini membantu mereka mengendalikan alat tulis dengan lebih baik.

    • Sediakan tempat belajar

    Pastikan anak mempunyai tempat yang selesa untuk pembelajaran.

    Meja yang kukuh dengan pencahayaan adalah sangat penting.

    • Ajar menconteng

    Menconteng di atas kertas atau di white board adalah cara yang bagus untuk mengembangkan kemahiran motor halus.

    Ibu bapa boleh mencuba memberi anak alatan menulis yang bersaiz besar seperti krayon, dan biarkan mereka menconteng secara bebas atau tiru corak yang anda buat.

    • Latih menyambung titik

    Mengajak anak menyambung titik membantu mereka memahami bentuk huruf.

    Mulakan dengan titik-titik mudah dan tingkatkan kesukaran seiring dengan perkembangan mereka.

    • Menulis huruf tunggal

    Apabila anak seakan bersedia, ibu bapa boleh mula mengajar mereka menulis dengan huruf tunggal.

    Ajar anak huruf satu per satu dan biarkan mereka menulisnya. Ini adalah asas kepada kemahiran menulis yang lebih kompleks.

    • Ajar anak menulis dengan melukis jari

    Ini bukan sahaja melatih motor kasar mereka tetapi juga membantu mereka mengenali bentuk huruf dengan lebih cepat.

    • Menulis suku kata

    Cara ini membantu mereka memahami bagaimana perkataan terbentuk daripada bahagian-bahagian huruf.

    • Ajar anak menulis nama sendiri

    Anak lebih cenderung untuk belajar huruf dalam nama mereka lebih cepat.

    Ibu bapa digalakkan untuk mula menulis dengan nama mereka sendiri bagi memperkenalkan huruf dan ejaan.

    • Berikan sokongan

    Sokongan dan kegigihan adalah kunci utama untuk anak semangat belajar menulis.

    Pastikan proses pembelajaran menyeronokkan dan bebas tekanan.

    Ibu bapa perlu terus bersabar dan memberi sokongan tanpa sebarang tekanan kepada anak.

    MENARIK:  Daiyan Trisha Tak Malu Miliki Tangan Macam Orang Tua – ‘Ia Mengingatkan Kepada Ibu Saya’

    Dengan latihan yang konsisten serta pendekatan yang menyeronokkan, si kecil pasti akan lebih yakin dan bersedia melangkah ke alam persekolahan.

    Sumber: Kelab Mama

    The post Ibu Bapa Wajib Tahu, Tips Bantu Anak Lancar Menulis Sebelum Melangkah Ke Alam Persekolahan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah