32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dilibas Myanmar, Malaysia berputih mata pertahan juara acara regu

    Shopee Sale

    Malaysia berputih mata dalam misi mempertahankan kejuaraan acara regu selepas tewas 0-2 kepada Myanmar pada aksi separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

    Skuad bimbingan Ahmad Jais Baharun yang dibarisi pemain berpengalaman Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) gagal menyaingi rentak konsisten lawan apabila tewas 9-15 pada set pertama.

    Bagi mengubah corak permainan, Muhammad Haziq Hairul Nizam dimasukkan bagi menggantikan Muhammad Syahir yang kelihatan cedera, namun pertukaran itu gagal memberi impak yang diharapkan.

    Myanmar yang diperkuatkan Thant Zin Tun, Aung Aung dan Ye Htet meneruskan penguasaan pada set kedua sebelum menoktahkan kemenangan 15-10 sekali gus mengesahkan kemaraan ke pentas final.

    Kekalahan itu menyaksikan Malaysia berputih mata mempertahankan gelaran regu yang dimenangi pada edisi 2024.

    Myanmar akan membuat perhitungan dengan Thailand pada aksi final selepas naib juara edisi lepas itu menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

    MENARIK:  Pelarasan gaji diharap kurangkan trend guru bersara awal

    Sementara itu, Ahmad Jais mengakui prestasi anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan sehingga terpaksa akur dengan kekalahan tersebut.

    “Kita tewas kepada Myanmar, saya kena terima dengan hati terbuka bahawa prestasi pemain regu kita pada perlawanan hari ini tidak berada pada tahap yang biasa.

    “Ini memberikan satu kelebihan kepada pasukan Myanmar. Kalau kita tengok dari segi prestasi yang mereka pamerkan dari segi serangan dan pertahanan, mereka lebih ampuh dan lebih mantap berbanding dengan pasukan Malaysia,“ katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah