32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aaron Aziz Tempelak DMA Islam Hina Jurusan Masscomm – ‘Macam Lah Kau Terpaling Professor, Kepala B*na’

    Shopee Sale



    Pelakon Aaron Aziz menempelak tindakan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai DMA Islam didakwa memperlekehkan beberapa jurusan di universiti.

    ‘Macam lah kau Terpaling professor’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagam, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz, 49, membidas kenyataan pempengaruh itu yang menyifatkan beberapa jurusan pengajian tinggi seperti Komunikasi Media (Masscom), Teater dan Muzik sebagai program ‘bodoh’ dan ‘tiada hala tuju’.

    Nama guna DMA Islam. Tapi tak habis habis kutuk kutuk orang macam lah kau Terpaling professor. Buang je nama ‘Islam’ kalau kau nak buruk kan seni orang lain.

    Aaron yang juga pelakon filem-filem box office seperti KL Gangster dan Ombak Rindu itu, turut menegaskan bahawa bidang seni dan komunikasi telah banyak menyumbang kepada pembangunan industri hiburan negara serta membuka banyak peluang pekerjaan.

    Industri Mass Communication ni lah yang naik industri filem ratusan juta. Kepala Bana.

    Setakat artikel ditulis, DMA Islam tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas atau permohonan maaf berhubung isu tersebut.

    MENARIK:  ‘Lima Tahun Kami Sekeluarga Terima Pelbagai Persepsi Daripada Masyarakat’ – Jebat Lega Kes Harta Arwah Ayah Selesai

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah