27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita nyaris maut lepas kereta dihempap pokok

    Shopee Sale

    Seorang wanita berdepan detik cemas apabila sebatang pokok menghempap kereta yang dipandunya di Jalan Kuala Dipang Pearl Park dekat Kampar pagi tadi.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa yang berusia lingkungan 30-an berjaya dikeluarkan dari tanpa sebarang kecederaan.

    Katanya operasi menyelamat dijalankan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar

    “Panggilan berkaitan kejadian diterima kira-kira jm 6.55 pagi.

    "Setibanya anggota di lokasi kejadian mereka mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah Toyota Vios.

    “Terdapat seorang mangsa terperanangkap di dalam kenderaan itu dan operasi menyelamat kemudian digerakkan menggunakan gergaji rantai bagi memotong pokok terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Serangan terhadap anak Rafizi, kes buli: PM dukacita trend melampau

    Sabarodzi berkata operasi menyelamat tamat sepenuhnya kira-kira pukul 8.27 pagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah