31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Serangan terhadap anak Rafizi, kes buli: PM dukacita trend melampau

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dengan kewujudan budaya melampau di negara ini susulan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli serta kes buli sehingga menyebabkan kematian.

    “Budaya ini sangat membimbangkan, saya beri jaminan seperti apa yang disebutkan oleh Menteri Dalam Negeri dan polis bahawa mereka akan bertindak segera, pantas dan telus untuk mengambil tindakan, seterusnya menghentikan budaya jahat ini,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

    Anwar berkata demikian sebelum menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang ingin mengetahui rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petronas dan strategi syarikat berkenaan dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global.

    MENARIK:  Dewan Rakyat lulus RUU Perkhidmatan Parlimen

    Terdahulu, ketika bangun untuk mengutarakan soalan, Muhammad Bakhtiar menyatakan beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan terhadap ahli keluarga bekas Menteri Ekonomi itu.

    “Saya menggesa pihak polis dan pihak berautoriti untuk siasat secara terperinci dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya.

    Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan anak Ahli Parlimen Pandan itu diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.

    Rafizi berkata anaknya telah diheret seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan, selain beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah