Pelakon, Zahirah MacWilson meluahkan hasrat untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang apabila usianya semakin meningkat kelak.
Artikel Berkaitan: Zahirah MacWilson Tumpang Gembira Ibu Sudah Berhijab – ‘Mungkin Satu Hari Saya Akan Lakukan Perkara Sama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Vlog’ Zahirah Macwilson Raih Perhatian, Netizen Tegur Isu Qada Zohor – ‘Sengaja Tinggal Solat, Masih Berdosa’
Nak jaga pokok bunga

Menerusi satu hantaran di Threads, Zahirah, 31, meluahkan hasrat untuk menetap di kawasan yang damai sambil melakukan aktiviti seperti bercucuk tanam dan menjaga pokok bunga.
Dah tua nanti, saya nak duduk dekat tempat yang tenang dan view yang cantik.
Nak buat farming dan jaga pokok bunga sahaja.
Dalam pada itu, aktres drama ‘Cik Cinderella dan Encik Tengku’ turut berhasrat untuk mengembara bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza, termasuk menetap selama dua hingga tiga bulan di sebuah benua bagi meneroka dunia.
Malah, dia turut membayangkan untuk membawa anak dan cucunya bersama dalam pengembaraan itu sekiranya mereka mempunyai kelapangan pada waktu tersebut.
Nak travel sana sini dengan suami, duduk dua hingga tiga bulan untuk explore satu benua.
Bila anak dan cucu ada free time, mereka boleh join sekali.
Sumber: Threads
The post ‘Dah Tua Nanti Nak Duduk Tempat Tenang, Nak Travel Dengan Suami’ – Zahirah MacWilson first appeared on OHBULAN!.





