26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tuan Ibrahim arah Pemuda PAS dekati bukan Islam

    Shopee Sale

    Gendang peranang PAS untuk menawan Putrajaya menjelang PRU-16 mula dipalu hari ini dengan arahan kepada pemuda parti itu untuk mendekati masyarakat bukan Islam.

    Berucap pada perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kerdau, Temerloh, hari ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, untuk menawan Putrajaya PAS tidak boleh semata-mata mengharapkan undi Melayu.

    Katanya, PAS selaku sekutu gabungan Perikatan Nasional (PN) perlu melihat kepada pembinaan kelompok muafakat politik khususnya di Sabah dan Sarawak.

    “Kita juga perlu mendapatkan rakan-rakan politik di Sabah dan Sarawak dan melihat kerjasama luar politik dengan NGO, dan badan-badan bukan kerajaan.

    “Pemuda PAS juga perlu perbanyakan penglibatan dengan masyarakat bukan Islam.

    MENARIK:  Peruntukan PRK: Ahmad Maslan cabar Bersih bawa ke mahkamah

    “Ini boleh dilakukan dengan membuat rombongan membawa mereka ke Kelantan, Terengganu, Kedah Perlis(negeri-negeri yang diterajui PAS), “ katanya

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah