32.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TLDM teliti alternatif ganti sistem NSM dari Norway

    Shopee Sale

    Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bagi meneliti altenatif menggantikan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) yang dibatalkan pembekalannya oleh syarikat pertahanan dari Norway.

    Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata susulan itu, ia mungkin akan membuka kerjasama dengan negara sahabat berpotensi atau memberi komitmen dengan syarikat industri pertahanan tempatan, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada negara luar.

    “Itu biar Navy (serahkan pada TLDM), kita percaya yang terbaik ialah satu sistem yang selari dan boleh berintegrasi dengan sistem combat, yang negara yang boleh pindah teknologi dan negara yang kita yakin ikhlas, memang kawan dengan kita.

    “Dan insiden ini juga memberikan kita dan meningkatkan lagi komitmen kita, untuk kita pastikan matlamat kita menjayakan dasar industri pertahanan tempatan dapat dipertingkatkan dan mengurangkan kebergantungan kita kepada pembekal luar,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja meninjau kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS), di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, hari ini.

    MENARIK:  Lepas runding tarif naik, MP sindir menteri joging depan Rumah Putih

    Mohamed Khaled berkata pertukaran sistem NSM kepada sistem persenjataan lain melibatkan kos tambahan, kos untuk melatih anggota menyesuaikan diri dengan sistem baharu dan serta penyesuaian intergrasi sistem baharu dengan sistem sedia ada.

    “Sebab kita kena buka (semula), kapal ini dah dipasang dia punya mounting untuk misil tu (NSM). Kerana kalau kita tempah misil yang lain daripada negara lain, dia punya mounting mungkin berbeza dan sebagainya.

    “Kemudian, untuk hantar kos latihan, untuk pastikan ada integrasi antara sistem baru dengan sistem yang sedia ada, apa tu, combat sistem yang sedia ada, semua itu, ia memang perlu dilakukan kerana jika tidak, sistem peluru berpandu berpemandu itu tak dapat digunakan secara berkesan,” katanya.

    Bagaimanapun Mohamed Khaled berkata isu berkenaan tidak menjejaskan tarikh penyerahan Kapal Pesisir Tempur (LCS) milik TLDM, yang kini sedang dalam pembinaan.

    Beliau berkata LCS1 KD Maharajalela akan diserahkan pada Disember tahun ini, LCS2 (Ogos 2027), LCS3 (Disember 2027), LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah