29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Prince Syed Nafi Isteri Ada Masalah Kesihatan, Netizen Bimbang – ‘Muka, Mata Memang Nampak Macam Sakit

    Shopee Sale

    Usahawan kontroversi, Prince Syed Shahid tampil menafikan dakwaan netizen kononnya isterinya, Fatin Syazwani sedang mengalami masalah kesihatan.

    Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Kami & Keluarga Dah Semakin Baik’ – Prince Syed

    MENARIK:  Fasha Sandha & Aidil Aziz Dilantik Duta RaRa 2025, Eksklusif Tampilkan Anak Bongsu Di Kaca Televisyen

    Artikel Berkaitan: Prince Syed Tarik Laporan Polis Terhadap Keluarga Mentua – ‘Keputusan Ini Hadiah Raya Paling Besar Untuk Mereka’

    Prince Syed nafi isteri sakit

    " data-video-id="7641054113509248276" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @prince.syed.shahid

    Fatin sakit ???

    ♬ original sound – Syed Fatin Jaeden Haifa – Syed Fatin Jaeden Haifa

    Dalam video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Fatin sedang berjalan dalam keadaan yang agak perlahan dan memegang kaki sambil menuruni eskalator.

    Bagaimanapun, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman menjelaskan bahawa keadaan tersebut berlaku kerana isterinya keletihan selepas terpaksa menuruni eskalator yang tidak berfungsi.

    Jelasnya lagi, ia bukan berpunca daripada sebarang masalah kesihatan serius seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.

    Ingatkan betullah sayang sakit ya… Oh, sakit kaki sebab eskalator tu tak hidup? Eskalator tu tak hidup, tu yang sakit.

    Walaupun video berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. 

    Menjengah ke ruangan komen, ramai mendakwa wajah Fatin kelihatan lesu, pucat dan tidak bermaya, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan kesihatannya.

    Malah, ada juga yang menasihati agar Fatin segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

    Sumber: TikTok Fatin Syazwani

    The post [VIDEO] Prince Syed Nafi Isteri Ada Masalah Kesihatan, Netizen Bimbang – ‘Muka, Mata Memang Nampak Macam Sakit first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah