31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tengok semua 104 perlawanan Piala Dunia dan menang AS50,000

    Shopee Sale

    Penyiar Amerika Syarikat (AS), Fox dan portal pekerjaan Indeed sedang mencari seorang peminat untuk menonton kesemua 104 perlawanan Piala Dunia bola sepak lelaki menerusi televisyen, dengan ganjaran AS$50,000 ditawarkan kepada peminat bertuah itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Iklan pekerjaan unik itu diterbitkan lima minggu sebelum kejohanan 48 pasukan itu bermula pada 11 Jun di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. Kejohanan itu dijadual berakhir pada 19 Julai.

    Fox pada Rabu memaklumkan peminat berkenaan akan menonton perlawanan dari “ruang tontonan khas yang dibina di tengah-tengah Times Square di New York City.”

    MENARIK:  Isteri Trump pula keluar ‘meme coin’ sendiri

    Peminat itu dijangka menghasilkan kandungan media sosial sepanjang Piala Dunia, yang turut menyaksikan perlawanan terakhir peringkat kumpulan berlangsung serentak.

    Peminat itu juga perlu menonton menerusi dua televisyen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah