Hantaran terbaharu di Instagram milik Nur Fatima Aisya, anak kepada pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura menyorot perhatian ramai.
Fattah, Fazura luang masa dengan Fatima

Menerusi perkongsian tersebut, Fatima memuat naik beberapa foto ketika menghadiri sambutan Cultural Day di sekolah bersama ibu dan bapanya.
Di ruangan kapsyen, Fatima meluahkan rasa gembira kerana kedua ibu bapanya dapat hadir memberi sokongan dan meluangkan masa bersamanya pada hari istimewa itu .
Saya ada memori yang tidak dapat dilupakan ketika sambutan Cultural Day tahun ini bersama mummy dan daddy.
Persembahan saya membuatkan mereka bangga. Saya sempat buat sandwic untuk mummy dan yogurt buah untuk daddy.
Mummy dan daddy dapat tengok kraftangan yang saya buat dan saya sangat teruja untuk belajar bersungguh-sungguh sebagai persediaan memasuki Tahun Satu pada tahun hadapan.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa gembira melihat Fattah dan Fazura menjalinkan hubungan baik demi anak.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.
Fattah kemudiannya bernikah dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September 2025 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Jarir Umar pada 22 Jun lalu.
Sumber: Instagram Fatima Aisya
The post Momen Fattah Amin & Fazura Bersama Fatima Di Sekolah Raih Perhatian Netizen first appeared on OHBULAN!.





