29 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zahid minta Sanusi sibukkan diri di Kedah saja

    Shopee Sale

    PRN N SEMBILAN | Ketika gerak kempen BN dan PN terus sederap dan rancak, kelihatan ada sesuatu yang tidak menyenangkan berlaku kesan daripada kata-kata pemimpin PAS.

    Menghormati niat yang terkandung di sebalik kenyataan Muhammad Sanusi Md Nor semalam, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, hari ini memberikan nasihat jelas kepada Pengarah Pilihan Raya PN itu.

    Kata Ahmad Zahid, kenyataan tersebut mungkin sesuai dalam konteks negeri yang ditadbir Sanusi iaitu Kedah, tetapi ia adalah sebaliknya di Negeri Sembilan.

    Menurut Ahmad Zahid, jika PAS dan PN mahu berkawan dengan Umno, ada perkara tertentu – seperti aspek kemajmukan kaum di negara ini – tidak wajar dipermainkan.

    “Kalau boleh sehingga hari Sabtu nanti – kita ada 6 hari lagi (sebelum mengundi – saya ingat eloklah beliau (Sanusi) sibukkan diri beliau mentadbir Kedah.

    "Tak perlu datang ke Negeri Sembilan. Biarlah kita ‘manage’ Negeri Sembilan dengan cara kita sendiri,” katanya dalam klip video yang tular di media sosial.

    Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian semasa ditemui media pada program Salam Agrikomoditi Madani di Dataran Melang, Kuala Pilah hari ini.

    MENARIK:  Wanita dilapor hilang ditemukan selamat

    Semalam Malaysiakini melaporkan Sanusi – ketika berceramah di Jempol – menyebut yang orang Melayu tidak mempunyai tanah air lain kecuali Malaysia berbanding kaum-kaum lain.

    “Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu (Malaysia) ini saja.

    “Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand.

    "Melayu di mana? Melayu di sini saja," kata Sanusi di hadapan lebih 300 hadirin.

    Kenyataan itu kemudian mengundang bantahan daripada MIC.

    Presidennya SA Vigneswaran menggesa BN mempertimbangkan untuk bertanding bersendirian pada pilihan raya akan datang susulan kenyataan pemimpin PAS yang sering menyinggung masyarakat bukan Melayu.

    Katanya kenyataan berulang kali menyentuh sensitiviti kaum dan agama bukan sahaja menyukarkan kerjasama politik, malah menjejaskan usaha BN untuk meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

    Mengulas lanjut Ahmad Zahir berkata kenyataan yang dibuat Sanusi itu hanya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

    “Saya yakin kemajmukan rakyat di negara kita, latar belakang ini adalah sunatullah yang telah ditentukan. Jadi tidak perlu disentuh perkara-perkara yang begitu,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah