28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cahaya Icha Simpati, Pembantu Rumah Umur 55 Tahun Masih Cari Rezeki – ‘Kami Tolong Angkat Barang Dia Sampai Tingkat Tiga’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Cahaya Icha meluahkan rasa simpati apabila melihat keadaan pembantu rumahnya yang sudah berusia.

    Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Puji Kerajinan Pembantu Rumah Belajar Daripada Kesilapan – ‘Pernah Rosakkan Baju Saya Yang Baru Beli’

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Tahu Nak Marah Atau Lega, Pembantu Rumah Yang Banyak Masalah Tu Dah Larikan Diri’ – Ainul Aishah

    Bibik sudah berusia

    Menerusi perkongsian di Threads, Cahaya Icha berkata, baru-baru ini dia ada menerima seorang pembantu rumah baharu yang diuruskan oleh ejen.

    Menurut Cahaya Icha, dia dan suami terkejut melihat pembantu rumah berkenaan kerana keadaan dirinya yang sudah berusia untuk pekerjaan tersebut.

    Hari pertama pembantu rumah sampai rumah, agent hantar guna Grab sampai depan rumah saya. Saya tunggu depan rumah sebab agent dah contact dan cakap nak hantar dia.

    Sampailah dia ada depan rumah, turun dari Grab. Suami pandang saya, saya pandang suami.

    Saya dan suami yang angkat beg dia dari bawah sampai ke tingkat tiga di bilik dia. Sebab kami tak sampai hati tengok.

    Tambah Cahaya Icha, dia dan suami bertindak membantu wanita itu mengangkat barang kerana risau dirinya tidak mampu membawa barang berat menaki tangga.

    Tengok depan-depan rupanya lagi nampak berumur.

    Bayangkan dari tingkat satu sampai tiga, saya yang bawa naik semua barang dia. Sebab tak sampai hati punya pasal.

    Umur 55 tahun pun masih nak jadi pembantu rumah lagi, sedih dan tak sampai hati. Serba salah pun ada.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mencadangkan kepada Cahaya Icha supaya menghubungi pihak ejen dan meminta mereka untuk menukar pembantu rumah yang baharu.

    MENARIK:  [VIDEO] Haneesya Hanee Tempelak Netizen, Kesal Isu Kelab Malam Kembali Diungkit – ‘Saya Tidak Pernah Sebut Nama Sesiapa’

    Dalam masa yang sama, warganet juga meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita itu yang masih gigih mencari rezeki sebagai pembantu rumah meskipun usianya sudah melebihi 50 tahun.

    Sumber: Threads

    The post Cahaya Icha Simpati, Pembantu Rumah Umur 55 Tahun Masih Cari Rezeki – ‘Kami Tolong Angkat Barang Dia Sampai Tingkat Tiga’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah