28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Fasha Sandha ‘Sekolahkan’ Rakan Sekerja Sering Lewat Ke Set Penggambaran – ‘Tak Perlu Saya Sebut Nama Dia’

    Shopee Sale

    Pelakon Fasha Sandha menegaskan dia tidak akan bertolak ansur apabila melibatkan soal disiplin kerja, termasuk isu kelewatan hadir ke lokasi penggambaran.

    Fasha tegur artis datang lewat

    Menurut Fasha, 42, dia sebelum ini ada memberikan teguran secara terbuka menerusi status WhatsApp sebagai peringatan kepada seorang rakan artis yang didakwa sering datang lewat ke set.

    Bagaimanapun, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan enggan mendedahkan identiti individu terbabit.

    Tak perlulah saya sebut nama dia. Dia tahu siapa yang saya maksudkan. Harap jadi pengajaran supaya tak lambat lagi.

    Bukan sehari dia lambat, hampir setiap hari, berjam-jam pula itu. Harap dia tahu menjaga waktu dan tak lambat lagi.

    Fasha berkata demikian ketika Majlis Pelancaran dan Pengumuman sebagai duta Safi Rania Youth Gold yang diadakan di Central I-City Shah Alam, pada Sabtu.

    Mengulas lanjut, aktres itu berkata kelewatan individu berkenaan bukan sahaja menjejaskan jadual penggambaran, malah memberi kesan kepada keseluruhan proses kerja produksi.

    MENARIK:  ‘Doakan Yang Baik’ – Pempengaruh Islamik Disyaki Seleweng Derma Kekal Tenang, Mohon Doa Orang Ramai

    Tambah ibu kepada tiga orang anak, dia tidak berhasrat untuk bersemuka atau menegur individu tersebut secara peribadi kerana percaya pihak produksi sudah pun menyampaikan luahan yang dimuat naik olehnya.

    Saya tak beritahu dia. Tetapi rasanya produksi dah sampaikan tentang luahan saya itu.

    Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi pandangannya mengenai kepentingan menjaga disiplin dan komitmen dalam dunia lakonan, lebih-lebih lagi apabila membabitkan kerjasama dengan ramai pihak di lokasi penggambaran.

    Menurutnya, sikap menepati masa dan menghormati jadual kerja bukan sahaja mencerminkan profesionalisme seseorang pelakon, malah mampu membina kepercayaan dalam kalangan penerbit, pengarah serta kru produksi.

    Kata isteri kepada aktor Aidil Aziz, dua aspek tersebut menjadi faktor utama yang mampu memastikan seseorang pelakon terus relevan, dihormati dan diberi peluang untuk kekal aktif dalam industri hiburan.

    The post [VIDEO] Fasha Sandha ‘Sekolahkan’ Rakan Sekerja Sering Lewat Ke Set Penggambaran – ‘Tak Perlu Saya Sebut Nama Dia’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah