30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Pantang Makan & Minum’ – Doktor IKN Kongsi Nasihat Buat Pesakit Kanser Sepanjang Kemoterapi

    Shopee Sale

    Seorang doktor yang bertugas di Institut Kanser Negara (IKN) dikenali sebagai Mumtaz Jihan berkongsi beberapa panduan pemakanan buat pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan kemoterapi.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Hidap Kanser Tahap Tiga, Tapi Masalah Serius Berkaitan Rambut’ – Ben Ladin

    Pesakit kanser

    Menerusi hantaran di Threads, doktor berkenaan menasihatkan ahli keluarga agar tidak mengenakan pantang makan atau minum yang tidak disarankan oleh doktor.

    Saya doktor di Institut Kanser Negara. Nasihat saya, sepanjang suami puan sedang menjalani rawatan kemoterapi, jangan pantang makan atau minum.

    Kebanyakan pesakit kanser memang tiada selera makan. Jadi, jangan kurangkan lagi selera mereka dengan pantang yang tidak perlu. Berikan apa sahaja yang dia boleh dan mahu makan, tetapi dalam kuantiti yang sederhana

    Dalam pada itu, doktor berkenaan turut menggalakkan ahli keluarga mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar pemakanan sekiranya memerlukan panduan yang lebih khusus.

    Sekiranya memerlukan nasihat pemakanan yang lebih khusus, minta sahaja rujukan kepada pakar pemakanan melalui doktor yang merawat.

    Semoga perkongsian ini membantu. Semoga urusan suami, anda dan seluruh keluarga dipermudahkan serta diberikan kesembuhan.

    Perkongsian tersebut dibuat sebagai respons kepada seorang pengguna Threads yang meminta pandangan kerana suaminya dijadualkan menjalani rawatan kemoterapi dalam masa terdekat dan ingin mengetahui perkara yang perlu diberi perhatian sepanjang proses rawatan.

    MENARIK:  Dah 6 Bulan Kahwin, Rupanya Pernikahan Mahalini & Rizky Febian Tidak Sah

    Sumber: Threads

    The post ‘Jangan Pantang Makan & Minum’ – Doktor IKN Kongsi Nasihat Buat Pesakit Kanser Sepanjang Kemoterapi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah