30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RCI Tabung Haji: PAS persoal diumum menjelang PRN Negeri Sembilan

    Shopee Sale

    Walaupun menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terkait Lembaga Tabung Haji (TH), PAS membangkitkan persoalan waktu ia dijanjikan kepada orang awam.

    Timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata sewajarnya laporan itu dibentangkan lebih awal kepada umum demi kepentingan umat Islam dan ketelusan pentadbiran negara.

    Katanya, masa pengumuman tersebut dibuat – menjelang PRN Negeri Sembilan – menimbulkan persoalan, ditambah pula dengan isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery di Indonesia yang sedang hangat diperkatakan.

    “(Ia) boleh menimbulkan persepsi bahawa isu RCI TH sedang digunakan sebagai helah politik untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu-isu yang sedang membelenggu kerajaan.

    “PAS berulang kali mendesak agar hasil dapatan RCI yang ditubuhkan pada 2022 dibentangkan kepada umum dengan segera.

    “PAS konsisten dengan pendirian bahawa sebarang salah laku yang bercanggah dengan nilai Islam dan undang-undang negara mesti disiasat dan diambil tindakan tanpa mengira siapa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Semalam Anwar berkata, kerajaan sedia mendedahkan laporan akhir RCI TH bagi membolehkan rakyat meneliti dakwaan penjualan aset strategik agensi orang Islam berkenaan sebelum ini.

    Ketelusan sangat penting

    Menurutnya, jika kelulusan kabinet tidak diperlukan, laporan itu diterbitkan semalam. Dia juga akan meneliti prosedur penerbitan laporan tersebut bersama Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar.

    MENARIK:  Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis berkurangan malam ini

    "Jika tidak perlu, saya akan terbitkannya hari ini (semalam).

    “Kalau perlu, saya tunggu Rabu (depan untuk mesyuarat kabinet) kerana rakyat harus tahu," katanya.

    Mengulas lanjut Tuan Ibrahim mempersoalkan mengapa setelah sekian lama laporan ini tidak dibentangkan, pengumuman mengenainya dibuat ketika landskap politik Negeri Sembilan sedang berubah, termasuk perkembangan hubungan politik antara BN, PH dan PN.

    Tegas Anggota Parlimen Kubang Kerian itu lagi, kerajaan perlu memberi penjelasan bagi mengelakkan persepsi bahawa laporan RCI hanya diketengahkan apabila wujud kepentingan atau tekanan politik tertentu.

    Gambar fail

    “Kita tidak mahu RCI TH yang dilaksanakan menggunakan dana awam menerima nasib sama seperti laporan RCI berkaitan Batu Puteh, yang pembentangannya di parlimen menjadi pertikaian.

    “Laporan yang melibatkan kepentingan awam tidak seharusnya dikendalikan berdasarkan percaturan politik atau kepentingan mana-mana pihak.

    “TH ialah institusi yang sangat dekat dengan umat Islam di negara ini.

    “Justeru, ketelusan dalam mengurus dan menjelaskan segala isu yang melibatkan institusi tersebut amat penting bagi memastikan keyakinan umat Islam terhadap TH terus terpelihara,” katanya.

    PAS, kata Tuan Ibrahim, menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti melanggar undang-undang.

    “Sekiranya terdapat salah laku, mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan kepada proses undang-undang secara adil dan telus,” tambahnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah