28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed

    Shopee Sale

    Pendakwah selebriti, PU Syed tampil menegur penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin susulan penampilannya yang menyerupai wanita dalam sebuah kandungan di media sosial.

    PU Syed tegur Pak Azad

    View on Threads

    Menerusi video yang dikongsikan, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak itu menyifatkan tindakan sedemikian tidak wajar dilakukan dan dijadikan sebagai bahan hiburan apatah lagi untuk tontonan umum.

    Teguran terbuka kepada Azad. Carilah konten yang lebih patuh syariah dan beradab sebagai seorang muslim. Halal dan haram jangan dibuat gurauan.

    Saya tak tahulah nak tegur macam mana, mereka tahu hukum. Bukan tak tahu hukum.

    Biasa dengar dalam TV, biasa dengar dalam radio ada tazkirah. Halal haram tahu belaka, tiba-tiba masih lagi ada buat perangai yang tak senonoh.

    Menurut PU Syed, penampilan Azad dalam video tersebut melanggar batas syariat kerana berpakaian menyerupai wanita selain mendedahkan aurat.

    Kita lihat seorang penyampai juga pelakon ni, dia pakai ala-ala macam perempuan. Kemudian dedahkan aurat pula, nampak paha, lutut dan sebagainya dengan perwatakan seperti mana wanita.

    Dia nak buat lawak apa sebenarnya? Awak nak buat lawak apa sebenarnya? Itu bukan lawak. Itu melambangkan ketidakcerdikan kita pada hukum Allah SWT. 

    Benda ni benda tahu, tapi seolah-olah kita rasakan benda ni sebagai satu konten dan konten ni tidak ada masalah bagi kita. Ini satu masalah yang besar bagi umat Islam.

    Dalam masa yang sama, PU Syed mengingatkan bahawa setiap kandungan yang dikongsikan oleh figura awam berpotensi menjadi ikutan masyarakat dan membawa kesan kepada orang lain.

    Sebenarnya kita nak cari apa dalam hidup kita ni? Nak bawa contoh apa kepada peminat-peminat kita? Dan kalau ada yang tiru gaya kita, bukankah itu mendatangkan dosa kepada kita?

    Jadi kepada saudara Azad, tolonglah, tak usah buat macam tu, memalukan. Anak-anak kita kalau tengok, anak-anak saudara kita dan memalukan orang Islam itu sendiri.

    Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Azad hanya berkemban menggunakan tuala seperti seorang wanita sehingga memperlihatkan bahagian auratnya.

    MENARIK:  Pasangan Pempengaruh Ditahan SPRM Isu Seleweng Kutipan Derma, Dibawa Ke Mahkamah Esok

    Sumber: Threads PU Syed

    The post [VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah