30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syor syarikat suami bekal makanan, SPRM tahan pengarah jabatan k’jaan

    Shopee Sale

    SPRM Pulau Pinang hari ini menahan seorang pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dengan mengesyorkan syarikat suaminya bagi pembekalan makanan dan minuman untuk sebuah program pada 2017.

    Menurut sumber, suspek wanita yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 11 pagi tadi di Pejabat SPRM Pulau Pinang di George Town ketika hadir memberi keterangan.

    "Berdasarkan siasatan awal, suspek sebelum ini dipercayai telah menyalahgunakan jawatan ketika berkhidmat sebagai pegawai di Seberang Perai Utara.

    MENARIK:  Mosti cadang anjur pertandingan robot tempur Asean 2025

    "Suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan mengesyorkan syarikat milik suaminya melibatkan pembekalan makanan serta minuman bernilai hampir RM4,000," katanya.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

    Dia berkata suspek kini direman dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada Khamis.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah