Seorang individu yang tidak didedahkan identitinya mendakwa seorang pelakon wanita pernah bertindak sebagai pembuli serta mengugutnya.
Artikel Berkaitan: Johan Ghazali Dedah Rahsia Hadap Buli Siber – ‘Tutup Saja Telefon Tu’
Artikel Berkaitan: Intan Serah Dedah Budaya Buli ‘Tradisi’ Di Asrama, Sudah Lama Dinormalisasikan – ‘Saya Pernah Ditendang Di Dada’
Pelakon wanita didakwa pembuli?
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan mendedahkan pelakon tersebut pernah digandingkan dengan pelakon jelita, Anna Jobling menerusi sebuah drama bersiri.
Menurut individu tersebut, dia memilih untuk menukar siaran setiap kali wajah pelakon wanita itu muncul di kaca televisyen.
Tak sangka sekarang dah jadi pelakon. Dah banyak keluar drama dekat televisyen. Dulu seronok buli dan ugut orang. Sekarang dah berlakon dengan Anna Jobling sekali.
Bila nampak muka dia dekat televisyen, aku mesti tukar takpun tutup saja. Senangkan hidup orang yang buli orang. Pembuli mana ingat orang yang dia buli. Dia suka arah orang macam orang gaji dia.
Semoga maju jaya

Dalam pada itu, individu yang didakwa menjadi mangsa buli tersebut turut menyindir dengan berharap agar pelakon berkenaan diberikan watak pembuli susulan dakwaan dirinya yang gemar mengarah orang lain.
Selain itu, individu tersebut turut menegaskan bahawa setiap perbuatan pembuli akan sentiasa diingati oleh mangsa lebih-lebih lagi apabila insiden itu meninggalkan trauma yang sukar dilupakan.
Semoga setiap drama dia, meletop dan menang anugerah. Selepas ini, ambil lah watak pembuli pula. Kau kan memang dari dulu suka buli orang.
Mungkin selepas ini boleh jadi watak utama pula sebab sekarang jadi watak sampingan saja.
Semoga maju jaya. Ada bakat ada rupa tapi malang ada sikit latar belakang yang tak berapa cantik. Aku tak perlukan maaf dari kau. Cuma kau kena ingat tak semua yang kau buat dekat orang, kita akan lupa dan move on.
Hidup ini berputar. Teruskan kerjaya lakonan kau. Aku sokong dari belakang.
Sumber: Threads @zxcvbnmseisei
The post Individu Dakwa Pembuli Sudah Jadi Pelakon – ‘Aku Tak Perlukan Maaf ..’ first appeared on OHBULAN!.





