Sebuah dokumentari berjudul Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s tampil mengangkat kisah penuh inspirasi tentang pengorbanan, usaha dan perjuangan pelajar, ibu bapa serta guru dalam mengejar impian memperoleh keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tiada Motivasi, Susah Nak Belajar’ – Alyssa Dezek Kongsi Rahsia ‘Straight A’ SPM, Akui PTTI Bantu Lonjak Prestasi
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Suntik Semangat SPM, PTTI Sumbang RM100,000 Bantu Pelajar Muar
Pengorbanan & usaha

Bukan sekadar meraikan kejayaan pelajar memperoleh keputusan cemerlang, karya tersebut mengangkat kisah sebenar di sebalik perjalanan melahirkan ribuan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dokumentari berkenaan dipertontonkan menerusi tayangan perdana yang berlangsung di GSC Aurum Theatre, The Exchange TRX, pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, dokumentari itu diterbitkan bagi memperlihatkan proses sebenar yang berlaku di sebalik kejayaan luar biasa pelajar-pelajar PTTI.
Rakyat Malaysia nampak kejayaan keputusan SPM yang dibina oleh PTTI. Tetapi, semua tidak tahu bagaimana proses kejayaan itu dihasilkan berulang-ulang kali. Itulah sebab kami hasilkan Selekoh Akhir PTTI – The Untold Story Behind The A’s,.
Menurut Cikgu Fana, dokumentari itu turut menjadi suntikan motivasi kepada calon-calon SPM, khususnya mereka yang masih bergelut dalam pelajaran dan merasakan peluang untuk berjaya sudah tertutup.
Dalam majlis sama, PTTI turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar Program Selekoh Akhir yang menjadi antara tulang belakang kepada kejayaan program tersebut.
Kesemua guru merupakan pendidik sepenuh masa yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang akademik, termasuk sebahagiannya berkhidmat lebih 25 tahun, selain memiliki kelayakan akademik sehingga ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
Barisan guru hebat

Mengulas mengenai program itu, Cikgu Fana berkata, Selekoh Akhir merupakan modul persediaan intensif selama tiga bulan sebelum peperiksaan SPM yang dibangunkan khusus untuk membantu pelajar yang masih lemah atau ketinggalan dalam pelajaran.
Katanya, sejak diperkenalkan pada 2019, program itu telah membantu ramai pelajar meningkatkan prestasi daripada gred gagal kepada A, malah ramai juga berjaya memperoleh keputusan straight A dalam peperiksaan SPM.
Kejayaan berterusan itu turut melayakkan PTTI menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebanyak tiga kali sebagai pusat tuisyen yang melahirkan jumlah pelajar straight A SPM paling ramai di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pertumbuhan (CGO) PTTI, Sir Race berkata, Selekoh Akhir diwujudkan berasaskan keyakinan bahawa setiap pelajar masih berpeluang mengubah masa depan selagi belum menduduki peperiksaan.
Di PTTI, kami percaya tiada pelajar yang terlalu lewat untuk berubah. Selagi masih ada masa sebelum peperiksaan, selagi itu masih ada peluang untuk bangkit.
Selekoh Akhir diwujudkan khusus untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan yang betul, pelajar yang gagal juga mampu mencapai keputusan cemerlang jika dia membuat keputusan yang betul sekarang.
Majlis tayangan perdana itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Datuk AC Mizal selaku hos, Datin Emylia, MK, Iman Troye, Alyssa Dezek yang juga pelajar Program Selekoh Akhir 2025 dengan pencapaian 9A dalam SPM, selain Madammu, Asyraf Khalid, Tya Arifin serta alumni Program Selekoh Akhir bagi sesi 2019 hingga 2025.
The post Dokumentari ‘Selekoh Akhir PTTI’ Papar Perjalanan Sebenar Lahirkan Pelajar Cemerlang SPM, AC Mizal & Iman Troye Antara Saksi Kejayaan first appeared on OHBULAN!.





