28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Melahirkan Ikut Tingkap Memang Dipandang Rendah Ke?’ – Uyaina Arshad Kecewa Persepsi Negatif Bersalin Czer

    Shopee Sale

    Pengacara Uyaina Arsyad, meluahkan rasa kecewa dengan persepsi segelintir masyarakat tentang kaum ibu yang bersalin menggunakan kaedah pembedahan caesarean.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Perjelas Hantaran Tentang ‘Pejuang Garis Satu’ – ‘Bukan Nak Bandingkan Siapa Lebih Teruk Atau Siapa Lebih Derita’

    Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Akui Takut Nak Bersalin, Perut Bakal Dibedah Kali Ketiga – ‘Rasa Macam Nak Pergi Berperang’

    Bersalin c-section

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkongsi pengalaman sendiri ketika berdepan dengan individu yang menyoal tentang proses bersalin secara pembedahan.

    “Tak boleh bersalin normal ke? Sayang la…”

    Ini soalan yang saya pernah dapat waktu bersalin anak pertama through emergency C-Section.

    Perkataan ‘sayang la’ tu buat saya banyak berfikir. Melahirkan ‘ikut tingkap’ ni memang dipandang rendah ke?

    Sebab dorang anggap, ‘ohhh tak layan contraction, tak perlu tunggu bukaan, tak kena seluk, tak perlu teran, tak koyak, tak itu tak ini.’

    Lebih mengecewakan Uyaina adalah apabila pandangan negatif tersebut datang daripada kaum Hawa sendiri.

    Kata-kata begini datangnya daripada wanita dan kaum ibu. Sebab kalau lelaki yang cakap, saya tak kisah sangat sebab ‘no ovary no talk’.

    Hakikatnya, melahirkan secara normal atau C-section, kedua-duanya sangat hebat. Kedua-duanya memerlukan kekuatan luar biasa.

    Saya melalui 3 kali C-Sections, kali pertama paling menyakitkan. Mental dan fizikal tak bersedia sebab kecemasan. Menangis teruk sebab rancang nak bersalin normal, tapi Allah ada perancangan yang lebih baik.

    Kali kedua saya pilih elective Caesar. Kali ketiga pun sama. Saya tak kata kurang sakit, tetapi saya rasa lebih mudah untuk menghadapinya sebab saya lebih bersedia dari segi mental.

    Menurut Uyaina, tidak semua individu mengetahui tentang cabaran dan kesakitan dialami oleh wanita yang bersalin secara pembedahan caesarean.

    Stigma yang paling mengecewakan ialah orang ingat bersalin operate ni tak sakit. Sebab kena bius separuh badan.

    Tapi apa yang orang tak tahu, penjagaan dan recovery lepas Caesar tu sebenarnya lebih lama lagi. Lepas first C-Section, saya rasa badan saya macam kena lenyek lori, seluruh badan sakit.

    Saya rasa saya agak bertuah sebab jahitan luka tak terbuka, tak kena jangkitan atau kena jahit balik. Bersyukur sangat tapi ada ibu c-section yang pernah melaluinya.

    Justeru, Uyaina berharap agar masyarakat lebih terbuka dan memahami tentang proses kelahiran kerana bukan mudah untuk wanita melahirkan seorang anak.

    Sebab itulah saya rasa perlu untuk masyarakat perlu baik dengan kaum ibu, sama ada dia bersalin normal atau melalui C-Section. Masing-masing ada kesusahannya sendiri.

    Sekarang bila saya lihat parut pembedahan, saya akan mengingatkan kepada diri sendiri betapa kuatnya saya. Ini bukan sekadar parut, tetapi satu kurniaan yang tidak semua orang dapat.

    33 tahun dengan tiga orang anak, saya sangat bersyukur. Alhamdulillah.

    Sekadar info, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Buat Penampilan Istimewa, Pukau Orang Ramai Dengan Lagu ‘Training Season’

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Raja Urhan, 4, dan Raja Urayyan, 2 tahun dan Raja Uzayn yang dilahirkan pada Januari lalu.

    Sumber: Threads

    The post ‘Melahirkan Ikut Tingkap Memang Dipandang Rendah Ke?’ – Uyaina Arshad Kecewa Persepsi Negatif Bersalin Czer first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah