30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelancong Puji Malaysia, Anggap KL Bandar ‘Underrated’ – ‘Tempat Selamat, Rakyat Baik & Makanan Sedap’

    Shopee Sale

    Seorang pelancong asing meluahkan rasa kagum terhadap keindahan Kuala Lumpur apabila menyifatkan ibu negara Malaysia itu sebagai antara destinasi terbaik pernah dikunjunginya.

    Artikel Berkaitan: Pasport Baharu Malaysia Kini Dikeluarkan, Dilengkapi 94 Ciri Keselamatan & Sukar Dipalsukan

    Malaysia dipuji

    Menerusi hantaran di TikTok, individu dikenali sebagai Steston berkata, sepanjang sebulan menetap di Kuala Lumpur, dia tidak mempunyai sebarang perkara untuk dikeluhkan, malah berpuas hati dengan suasana serta kemudahan yang disediakan.

    Menurutnya, keramahan rakyat tempatan menjadi antara faktor utama yang membuatkan pengalaman percutiannya di Malaysia begitu bermakna.

    Selama sebulan saya berada di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, saya tiada sebarang keluhan mahu diperkatakan.

    Kuala Lumpur sebuah tempat yang sangat selamat, lokasinya bersih dan makanannya semua sangat sedap.

    Perkara paling penting adalah rakyat Malaysia sangat baik, mereka sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong asing.

    Menurut Steston lagi, Kuala Lumpur memiliki segala kelebihan sebagai destinasi pelancongan, namun masih ramai yang memandang rendah keistimewaan bandar raya itu.

    Saya rasa Kuala Lumpur adalah salah satu bandar di Asia yang sangat ‘underrated’. Jika ada yang berpeluang untuk datang ke Kuala Lumpur, ambil peluang itu.

    Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih atas pujian yang diberikan, selain berharap lebih ramai pelancong luar akan memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mereka.

    MENARIK:  Didakwa Gesa Anak Ambil Semula Hak Penjagaan Kedua Cucu, Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Buat Penabur Fitnah

    Video

    " data-video-id="7657872673355074829" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @stetson_001

    Love this city #kualalumpur #Malaysia #kualalumpurmalaysia #KL #southeastasia

    ♬ Thinker – Night Angel

    Sumber: TikTok

    The post Pelancong Puji Malaysia, Anggap KL Bandar ‘Underrated’ – ‘Tempat Selamat, Rakyat Baik & Makanan Sedap’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah