Pelakon, Sera Melissa tampil membuat laporan polis susulan terdapat dakwaan pernah melakukan perbuatan buli terhadap seorang individu kira-kira 10 tahun lalu ketika masing-masing berusia sekitar 10 tahun.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Pembuli Sudah Jadi Pelakon – ‘Aku Tak Perlukan Maaf ..’
Report polis
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Sera, 27, berkata dakwaan yang tular di Threads baru-baru ini menyebabkan dirinya menerima pelbagai tohmahan selain maklumat dirinya tersebar luar.
Pelakon drama Hilang Dalam Rindu itu berkata laporan polis dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Merujuk kepada perkara yang tular di media sosial pada 2 Julai 2026 melalui satu hantaran di aplikasi Threads yang mendakwa saya merupakan seorang pembuli ketika berusia 10 tahun.
Hantaran tersebut turut menyebut nama watak serta tarikh lahir saya, sekali gus menyebabkan orang ramai mengaitkan dakwaan itu dengan diri saya.
Susulan hantaran berkenaan, saya telah menerima pelbagai tohmahan dan kecaman.
Saya memandang serius perkara ini.
Kata Sera, dia bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya individu terbabit mengesahkan bahawa hantaran tersebut sememangnya merujuk kepada dirinya.
Sekiranya individu berkenaan benar-benar merujuk kepada saya, saya bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya serta mendapatkan penjelasan melalui saluran yang sewajarnya.
Dalam pada itu, Sera turut berharap agar orang ramai berhenti mencipta pelbagai spekulasi berhubung dakwaan yang tular itu dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.
Saya menghormati proses undang-undang dan percaya bahawa kebenaran akan ditentukan melalui saluran yang sewajarnya.
Sementara itu, saya berharap semua pihak dapat mengelakkan sebarang spekulasi atau membuat kesimpulan tanpa fakta yang sahih sehingga siasatan selesai.
Terdahulu, tular satu hantaran berkenaan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya mendakwa seorang pelakon wanita pernah bertindak sebagai pembuli serta mengugutnya.
Sumber: Instagram
The post Dituduh Pembuli, Sera Melissa Buat Laporan Polis – ‘Sedia Beri Kerjasama Kalau Tuduhan Benar’ first appeared on OHBULAN!.





