29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RTM sedia beri platform untuk dialog Onn Hafiz-Maszlee

    Shopee Sale

    PRN JOHOR | RTM sedia menawarkan platform siaran langsung bagi membolehkan sesi dialog interaktif diadakan sekiranya Menteri Besar sementara Johor Onn Hafiz Ghazi setuju berdepan calon PH bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, Maszlee Malik.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sesi dialog itu boleh diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi yang dipersetujui, termasuk di Johor Bahru, dengan fokus teradap perbincangan mengenai hala tuju pembangunan serta masa depan Johor.

    Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PH berkata platform tersebut disediakan bukan bertujuan mengadakan perdebatan atau perbincangan politik kepartian sebaliknya memberi fokus sepenuhnya kepada ruang perkongsian idea mengenai hala tuju pembangunan Johor.

    "Masa masih ada... kalau perlu, saya sedia untuk menyediakan di RTM TV1, pentas untuk Dr Maszlee dan Datuk Onn Hafiz berdialog... kita boleh berdialog dengan beradab dan saya percaya Onn Hafiz akan memberanikan diri untuk berdialog dengan Dr Maszlee," katanya kepada pemberita di Muar malam tadi.

    Fahmi berkata demikian bagi mengulas gesaan segelintir pihak supaya PH mengumumkan calon menteri besar terlebih dahulu sebelum bersetuju mengadakan sebarang perdebatan atau sesi dialog.

    MENARIK:  Subsidi diesel: Umno gesa cara berkala, MCA mahu keputusan ditangguh

    Mengulas lanjut, Fahmi berkata keberanian menghadapi perbezaan pandangan dan kritikan secara profesional merupakan ciri penting yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin demi kepentingan masa depan kemajuan negeri.

    Dia turut memuji keterbukaan Maszlee yang berani merintis ruang ke arah perbincangan interaktif bersama dengan 41 anak muda tempatan bagi membincangkan aspirasi masa depan Johor.

    Mengulas mengenai penetapan tarikh mengundi PRN ke-16 itu pada pertengahan bulan ini, Fahmi menyeru pengundi muda untuk mengetepikan segala kekangan logistik dan bangkit menunaikan tanggungjawab demi menentukan hala tuju pembangunan Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.

    Pada PRN kali ini, Maszlee dicabar calon BN, Teow Chia Ling, selain Nicholas Paul Vincent (Bersama), Rashifa Aljunied (Muda) dan Wang Wee Seong (bebas).

    Onn Hafiz yang juga penyandang kerusi DUN Machap pula mewakili BN berdepan calon PH Nor Hafiz Roslan dalam pertembungan satu lawan satu di kawasan berkenaan.

    Hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai ini manakala undi awal pada 7 Julai.

    Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah