30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bergaduh Sebab Tanah, Influencer Maut Ditikam Suami

    Shopee Sale

    Seorang jurusolek dan pempengaruh media sosial dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam oleh suaminya dalam satu kejadian tragis yang berlaku di daerah Meerut, Uttar Pradesh, India pada Jumaat.

    Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan 16 Tahun Maut Ditikam Pelajar Lelaki 14 Tahun

    Bertengkar sebab tanah

    Mangsa, Nisha Chauhan, 45, dikatakan diserang di kediaman mereka di Harra selepas tercetus pertengkaran dengan suaminya, Pradeep Kumar.

    Menurut pihak polis, pasangan yang telah berkahwin hampir 18 tahun dan dikurniakan tiga orang anak itu mula bertelingkah sekitar jam 6 pagi berkaitan urusan pendaftaran hak milik sebidang tanah yang baru dibeli.

    Siasatan awal mendapati Nisha mahu tanah tersebut didaftarkan atas namanya kerana mendakwa telah menyumbang sebahagian besar daripada kos pembelian.

    Namun, suaminya dipercayai tidak bersetuju dan bimbang hartanah itu akan menjadi milik isterinya sekiranya berlaku perpisahan.

    Ketua Balai Polis Sarurpur, Gaurav Singh berkata, suspek kemudian dikatakan mengambil sebilah pisau dapur sebelum menyerang mangsa beberapa kali pada bahagian leher dan pergelangan tangan.

    Anak sulung mereka yang berusia 17 tahun cuba meleraikan pergaduhan, namun turut mengalami kecederaan sebelum keluar mendapatkan bantuan jiran.

    Gaurav berkata, ketika penduduk tiba di rumah berkenaan, Pradeep didakwa telah menikam isterinya beberapa kali sebelum bertindak mencederakan dirinya sendiri pada bahagian dada dan perut dalam cubaan membunuh diri.

    MENARIK:  4U2C Anjur Konsert Selepas 30 Tahun – ‘Kami Takkan Miming & Akan Menari’

    Nisha disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah, manakala suaminya kini sedang menerima rawatan di hospital.

    Sementara itu, Pegawai Polis Sardhana, Ashutosh Kumar memaklumkan bahawa siasatan awal mengesahkan insiden tersebut dipercayai berpunca daripada pertikaian berhubung pemilikan tanah dan atas nama siapa akan didaftarkan.

    Pasukan polis bersama unit forensik telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian, sementara mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat. Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

    Sumber: Bhaskar English

    The post Bergaduh Sebab Tanah, Influencer Maut Ditikam Suami first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah