29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Duit Safwan Nazri Hangus RM400,000 Dakwa Diperdaya Rakan Sendiri, Dua Tahun Projek Rumah Tak Siap-Siap

    Shopee Sale

    Pelakon, Safwan Nazri meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya kerugian sebanyak RM400,000 selepas diperdaya oleh seorang kontraktor rumah yang juga merupakan rakan sendiri.

    Artikel Berkaitan: Safwan Nazri Kerap Alami Kejadian Misteri Selepas Rakaman Podcast – ‘Benda Itu Bertenggek, Anak Nangis Tak Henti’

    Artikel Berkaitan: Safwan Nazri Terkedu, Harga Baju & Beg Cik B Lagi Mahal Dari Kereta

    Diperdaya kawan sendiri

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Safwan, 32, mendakwa dia telah membuat bayaran penuh bagi kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya, namun projek tersebut terbengkalai sebelum kontraktor berkenaan menghilangkan diri.

    Ada orang ini menipu saya. Yang lagi biadab apabila dia ialah kawan saya sendiri yang ‘scam’. Duit saya habis sebanyak RM400,000 dekat dia. Duit sudah bayar penuh, tetapi rumah pula tergendala.

    Menurut Safwan, kerja pengubahsuaian yang diminta hanya melibatkan penambahan ruang di bahagian belakang rumah serta sebuah bilik kecil, namun projek itu berlarutan sehingga dua tahun tanpa sebarang penyelesaian.

    Lebih mengecewakan, dia terpaksa mengeluarkan kos tambahan sebanyak RM200,000 bagi melantik kontraktor baharu untuk membaik pulih semula rumah berkenaan.

    Saya hanya minta dia buat penambahan di bahagian belakang dan satu bilik kecil. Tetapi ambil masa selama dua tahun.

    Sampaikan saya kena ambil kontraktor baharu dan keluarkan lagi RM200,000 untuk buat semula. Banyak yang kena tukar sebab hasil kerjanya cincai.

    Ada yang beritahu saya dia sibuk untuk siapkan rumah lain sampaikan rumah saya jadi macam ini.

    Dalam pada itu, Safwan memaklumkan dia telah mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan (Letter of Demand/LOD) kepada syarikat kontraktor terbabit bagi menuntut ganti rugi.

    MENARIK:  Filem Animasi ‘A Mighty Adventure’ Cipta Kelainan, Telan Kos Cecah RM20 Juta

    Namun, menurutnya usaha tersebut masih belum membuahkan hasil apabila individu berkenaan didakwa gagal memberikan sebarang maklum balas dan dipercayai mengelak daripada menerima surat tuntutan tersebut.

    Pada awalnya saya percaya dengan dia sebabkan kawan tapi akhirnya kena tipu. Sekarang saya sudah hantar LOD kepada syarikatnya.

    Tapi dia cuba lari dan tidak membaca LOD itu. Kami WhatsApp, buat panggilan semuanya tidak dibalas. Itu sangat biadab dan tidak bertanggungjawab.

    Sumber: Instagram

    The post Duit Safwan Nazri Hangus RM400,000 Dakwa Diperdaya Rakan Sendiri, Dua Tahun Projek Rumah Tak Siap-Siap first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah