Keadaan kesihatan bapanya yang kurang baik menyebabkan pelakon, Ramona Zamzam membuat keputusan untuk memotong rambutnya menjadi pendek kira-kira setahun yang lalu.
Artikel Berkaitan: Ramona Zamzam Bimbang Trend ‘Short Cut’ Kurus Semakin Jadi Pilihan Ramai – ‘Sedih Tengok Orang Taksub Dengan Jalan Pintas’
Artikel Berkaitan: ‘Artis Lebih Santai Berbanding Pempengaruh di Acara’- Ramona Zamzam Kongsi Pandangan
Bapa strok

Ketika ditemui Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 35, berkata keputusan itu dibuat secara spontan susulan berasa rimas untuk menguruskan diri ketika sedang melalui fasa emosi yang tidak stabil.
Saya potong rambut pendek selepas ayah saya lumpuh.
Agaknya masa itu rasa rimas dengan rambut panjang. Macam terdetik, ‘Ah, aku potonglah rambut pendek.’
Lepas potong, rasa macam puas hati. Kemudian bila dah lama, rasa macam best pula rambut pendek.
Mandi pun sekejap, syampu pun tak guna banyak. Jadi, terus kekalkan saja.
Ramona berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran drama terbaharu lakonannya yang berjudul Wish List, baru-baru ini.
Mengulas mengenai kesihatan bapanya yang kini diduga dengan serangan strok, Ramona berkata keadaan bapanya tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Ayah punya keadaan memang makin teruk. Kadang-kadang dia ingat, kadang-kadang dia tak ingat.
Awal-awal dulu dia masih boleh sebut nama kami. Sekarang saya pun tertanya-tanya, betul ke dia ingat anak dia? Kadang-kadang rasa macam dia ingat, kadang-kadang tak.
Sementara itu, Ramona mengakui berasa kesal kerana tidak meluangkan masa bersama bapanya sewaktu keadaan masih sihat.
Katanya, bapanya kini sudah tidak mampu bercakap dengan jelas.
Rasa sedih sangat. Salah satu benda yang saya paling menyesal ialah rasa macam banyak lagi perkara yang patut Ramona sembang dan tanya dengan ayah sebelum dia jadi macam ini.
Sekarang ayah dah tak boleh bercakap dengan jelas. Kadang-kadang kami faham apa yang dia nak cakap, kadang-kadang tak.
Kalau saya boleh pesan kepada semua, selagi ibu bapa masih ada, gunakanlah masa yang ada sebaik-baiknya.
Kalau ada apa-apa yang nak ditanya atau nak disembangkan, buatlah sementara masih ada peluang.
Terdahulu, bapanya menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN). Bagaimanapun tidak menyebelahi mereka apabila prosedur tersebut gagal dan mengakibatkan serangan strok.
Ramona turut mendedahkan bahawa fasa yang sukar itu telah mendorongnya untuk mengambil keputusan berehat seketika daripada dunia lakonan.
The post ‘Potong Rambut Selepas Bapa Lumpuh’ – Ramona Zamzam Selesa Imej Berambut Pendek first appeared on OHBULAN!.





