30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siasatan seleweng dana lebuh raya: SPRM guna khidmat pasukan taktikal

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan khidmat pasukan taktikal ketika proses merakamkan keterangan seorang individu bergelar Tan Sri berhubung siasatan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bersambung hari ini di kediaman individu berkenaan di Kuala Lumpur.

    Menurut sumber, khidmat Pasukan Taktikal SPRM (ACTS) bersama dua pegawai penyiasat digunakan bagi proses penggeledahan beberapa bilik rahsia disyaki menjadi tempat simpanan aset atau barangan berharga dipercayai hasil daripada penyelewengan itu termasuk senjata.

    Terdahulu, sebuah kenderaan membawa pegawai SPRM dilihat memasuki kediaman Tan Sri berkenaan pada 8.45 pagi tadi bagi meneruskan proses rakaman keterangan.

    MENARIK:  Wajib pasang mikrocip gajah liar pantau pergerakan - Perhilitan

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada sidang media selepas majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang‑Undang Bertauliah SPRM kali kedua di Bangi hari ini berkata siasatan kes itu sedang giat dijalankan dan melibatkan 53 saksi setakat ini.

    SPRM sebelum itu dilaporkan menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah