32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ketua pembangkang P Pinang dikejar ke hospital, tekanan darah tinggi

    Shopee Sale

    Ketua Pembangkang Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami tekanan darah tinggi secara tiba-tiba di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di George Town hari ini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal Bukhori Ghazali berkata Muhammad Fauzi yang juga ADUN Sungai Dua, dilaporkan mengalami sedikit ketidakselesaan sewaktu rehat makan tengah hari tadi.

    “Ketika beliau sedang berehat, beliau berasa tidak selesa lalu pergi berjumpa pegawai perubatan bertugas untuk pemeriksaan.

    “Tekanan darah beliau lebih tinggi daripada paras normal, jadi dihantar ke HPP untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan,” katanya kepada pemberita di bangunan DUN hari ini.

    Bukhori berkata Muhammad Fauzi tidak pengsan atau mengalami simptom serius, namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) beliau perlu dihantar ke hospital demi keselamatan.

    MENARIK:  Biasanya hanya MB PAS bercuti semasa krisis - Setiausaha politik MB S'gor

    “Beliau memberitahu saya tidak mahu dimasukkan ke wad kerana ingin kembali mendengar ucapan penggulungan Ketua Menteri (Chow Kon Yeow),” katanya.

    Muhammad Fauzi dalam keadaan baik ketika sesi pagi persidangan DUN berlangsung.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah