30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anggota polis meninggal dunia selepas kawad

    Shopee Sale

    Seorang anggota polis meninggal dunia dipercayai selepas menjalani aktiviti berkawad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, semalam.

    Koperal Khairil Idzhar Rodzi, 36, yang bertugas di Balai Polis Dato’ Abu Bakar Baginda disahkan meninggal dunia di IPD berkenaan, namun punca kematian belum disahkan.

    Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar bersama Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor Datin Rozana Kasbon menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Khairil Idzhar.

    “Allahyarham meninggal dunia pada usia 36 tahun dan telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia selama 17 tahun.

    MENARIK:  Letupan di Lubnan: ATM sahkan enam anggota Malbatt cedera

    “Pemergian Allahyarham Kpl 171014 Khairil Idzhar merupakan satu kehilangan besar buat Warga Polis Kontinjen Selangor, salam takziah,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook rasmi Polis Selangor.

    Media melaporkan Allahyarham rebah semasa menjalani aktiviti kawad dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan pemeriksaan ke atas dirinya di IPD Sepang.

    Sehingga kini, IPD Sepang belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung punca kematian anggota berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah