31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Kongsi Zul Yahya Sedang Hadapi Fasa Sukar – ‘Bisnes Teruk, Anak Bini Tidur Di Kedai & Bil Rumah Tertunggak’

    Shopee Sale

    Pelakon Zul Yahya, dikatakan ketika ini sedang berdepan dengan masalah kewangan berikutan perniagaannya yang kurang stabil.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Zul Yahya Jaga Kebersihan Ketika Berniaga – ‘Ikat Rambut Dulu Bagi Kemas’

    Artikel Berkaitan: Zul Yahya Kayuh Basikal Dari Ipoh Ke Johor Bahru Demi Solidariti Buat Pales***

    Keadaan Zul Yahya

    Menerusi hantaran di Threads, seorang warganet yang dikenali sebagai Azrul Hanaffi, memuat naik foto tangkap layar daripada sesi siaran langsung aktor tersebut.

    Menurut Azrul, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Yahya mengalami fasa sukar kerana perniagaan di premis makanan yang diusahakan sedang berdepan masalah.

    Susulan itu, ekonomi Zul dan keluarganya juga turut terjejas sehingga terpaksa keluar dari kediaman mereka dan tinggal di premis tersebut berikutan tidak mampu menjelaskan bil.

    Saya baru tengok siaran langsung Zul, dia cakap bisnes kedai makan sedang teruk, anak bini kena tidur dekat kedai dan bil TNB (elektrik) rumah tertunggak.

    Dia cadang nak cari tempat yang ada orang ramai, tapi modal tak cukup.

    Justeru, Azrul menyeru orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada pelakon filem MX3 itu agar dapat meringankan bebannya.

    Saya pun dapat sedekah yang mampu sahaja.

    Kalau awak semua sudi tolong, cuba hubungi dia. InsyaAllah dipermudahkan.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Pengasas Beg Tangan FOMO Mohon Maaf Isu Pelanggan Beratur – ‘Kami Melakukan Kesilapan & Ini Adalah Satu Pengajaran’

    The post Netizen Kongsi Zul Yahya Sedang Hadapi Fasa Sukar – ‘Bisnes Teruk, Anak Bini Tidur Di Kedai & Bil Rumah Tertunggak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah