27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Si kaya makin kaya, jurang kekayaan penduduk dunia terus melebar

    Shopee Sale

    Organisasi pembangunan Oxfam mendedahkan jurang kekayaan antara penduduk dunia terus meningkat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

    Dalam analisis yang dikeluarkan pada Khamis menjelang sidang kemuncak G20 minggu ini, Oxfam menyatakan bahawa jutawan di negara-negara G20 menyaksikan kekayaan mereka meningkat sebanyak AS$2.2 trilion sepanjang tahun lalu.

    Kumpulan itu berkata jumlah itu cukup untuk membebaskan 3.8 bilion orang daripada kemiskinan.

    Sidang kemuncak G20 akan berlangsung pada Sabtu di Johannesburg.

    Kumpulan itu menghimpunkan negara-negara perindustrian utama dan ekonomi yang sedang pesat membangun.

    Oxfam berkata jutawan di negara G20 meningkatkan jumlah kekayaan mereka sebanyak 16.5 peratus dalam tempoh setahun, daripada AS$13.4 trilion kepada US$15.6 trilion.

    MENARIK:  Lumba haram: JPJ beri amaran tidak kompromi pada penganjur

    Pertubuhan itu menganggarkan kos tahunan untuk menamatkan kemiskinan bagi 3.8 bilion orang yang hidup di bawah garis kemiskinan Bank Dunia, iaitu US$8.30 sehari, mencecah AS$1.65 trilion.

    Oxfam menggesa pemimpin G20 supaya memperjuangkan pembentukan sebuah badan antarabangsa bagi menangani jurang kekayaan serta memperhebat usaha mengenakan cukai terhadap golongan yang terlalu kaya.

    Isu mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dijangka menjadi antara topik utama yang dibincangkan pada sidang kemuncak itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah