Bercakap pasal sambung belajar dalam bidang pendidikan, ramai sebenarnya yang mahu tempat belajar yang boleh bantu mereka lebih bersedia dengan dunia pendidikan moden.
Sebab tu tak hairanlah makin ramai mula pandang UNITAR Education Group sebagai pilihan untuk sambung belajar dalam bidang pendidikan.
Bukan sekadar belajar teori semata-mata
Apa yang buat ramai tertarik dengan UNITAR adalah pendekatan pembelajaran yang lebih praktikal dan relevan dengan situasi sebenar dunia pendidikan hari ini.
Pelajar bukan saja didedahkan dengan ilmu akademik, tapi turut dilatih dengan kemahiran tambahan yang penting untuk pendidik masa kini seperti:
- Kemahiran digital
- Pendidikan inklusif
- Kesedaran neurodiversiti
- Pengalaman dunia sebenar dalam bilik darjah
Sesuai untuk mereka yang nak jadi pendidik yang lebih bersedia dan yakin bila masuk dunia pekerjaan nanti.
Ada tawaran Program Sarjana Pendidikan sehingga RM10,000

Sempena sambutan Hari Guru 2026, UNITAR menawarkan Program Sarjana Pendidikan bernilai sehingga RM10,000 untuk mereka yang ingin upgrade diri dan tingkatkan kelayakan profesional.
Antara pengkhususan yang ditawarkan termasuk:
- Ijazah Sarjana Pendidikan (Kepimpinan Pendidikan & Pengurusan)
- Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua)
- Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pengajaran)
- Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Menariknya, program ni sesuai bukan saja untuk guru, tapi juga mereka yang nak kembangkan kerjaya dalam bidang pendidikan.
Fokus pada dunia pendidikan masa kini

Dalam dunia pendidikan sekarang, bukan pelajar je perlukan perhatian, kesejahteraan guru pun makin penting.
UNITAR juga memberi perhatian terhadap isu seperti tekanan kerja pendidik, pendidikan inklusif dan kesedaran neurodiversiti menerusi pelbagai inisiatif dan pendekatan pembelajaran mereka.
Semangat pembelajaran sepanjang hayat dekat UNITAR memang jelas boleh nampak melalui kisah Sajad Hussein Bin Kamarally, 80 tahun, yang masih aktif menyambung pengajian sehingga ke peringkat PhD.
Menariknya, kajian beliau memfokuskan tentang kesejahteraan dan kebajikan guru, satu isu yang makin ramai mula sedar penting dalam dunia pendidikan hari ini.
Realitinya, ramai guru sekarang berdepan tekanan kerja, beban pentadbiran dan cabaran sistem pendidikan moden yang semakin mencabar.
Melalui sistem pembelajaran fleksibel dan sokongan yang diberikan, UNITAR membuka peluang kepada semua golongan untuk terus belajar tanpa mengira usia. Dari situ, jelas nampak bagaimana UNITAR bukan sekadar fokus pada akademik semata-mata, tapi juga tentang masa depan dunia pendidikan secara keseluruhan.
Hubungan dengan sekolah turut diperkukuh
Dalam masa yang sama, hubungan erat bersama sekolah-sekolah turut terus diperkukuh melalui inisiatif Partner School (PSC) unitar.psc yang menyediakan akses kepada tenaga akademik, pembangunan profesional guru serta pelbagai bentuk kerjasama pendidikan jangka panjang.
Melalui inisiatif ini, UNITAR terus memainkan peranan dalam membantu memperkasa komuniti pendidikan dan menyokong pembangunan pendidik secara berterusan.
Ini yang buat ramai pertimbangkan UNITAR untuk sambung belajar

Bila tengok apa yang ditawarkan, dari pembelajaran yang relevan, fokus kepada dunia pendidikan moden sampai peluang sambung Master dengan tawaran menarik, memang tak pelik kenapa ramai mula memilih UNITAR Education Group untuk langkah seterusnya dalam bidang pendidikan.
Kalau korang tengah plan nak sambung belajar atau upgrade kerjaya dalam bidang pendidikan, boleh imbas kod QR di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang program pendidikan mereka atau daftarkan kursus yang korang minat hari ini di

The post Hadiah Buat Guru Dari UNITAR, Tawaran Master Pendidikan Sehingga RM10,000 first appeared on OHBULAN!.





