27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Zaliha pertahan keluarkan nikotin cecair dari senarai racun

    Shopee Sale

    Bekas menteri kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini mempertahankan keputusannya pada 2023 untuk mengeluarkan produk cecair dan gel nikotin daripada Jadual Pertama Akta Racun.

    Ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mendapati kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertindak secara tidak sah, tidak rasional dan tanpa rundingan sewajarnya dengan Lembaga Racun ketika membuat pindaan terhadap Senarai Racun itu.

    Menurut Zaliha, langkah mengeluarkan produk berkenaan daripada senarai tersebut penting bagi membolehkan kerajaan mengawal selia serta mengenakan cukai terhadap produk vape nikotin yang ketika itu dijual secara berleluasa walaupun dilarang.

    “Keputusan ini harus dinilai berdasarkan gambaran yang lebih besar. Kita tidak boleh membiarkan industri bernilai berbilion ringgit beroperasi tanpa sebarang rekod, pendaftaran dan pemantauan.

    "Pengecualian ini adalah satu langkah kritikal untuk menarik industri ini keluar dari pasaran gelap agar ia boleh diisytiharkan, dipantau rantaian bekalannya dan dikenakan cukai.

    "Perkara ini juga telah dibincangkan secara terperinci di dalam mesyuarat jemaah menteri pada ketika itu,” katanya.

    MENARIK:  Debu, lumpur tebal selubungi Aceh Tamiang, penduduk mula bangkit 

    Zaliha turut menyifatkan keputusan mengeluarkan nikotin daripada Senarai Racun sebagai “langkah berani” Putrajaya yang membawa kepada penggubalan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, yang dibentangkannya pada 2024 dan menurutnya “berjaya memayungi kesihatan rakyat.”

    Menurut ahli parlimen Sekijang itu, dia dimaklumkan bahawa KKM akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah berkenaan.

    Tambahnya, proses itu penting untuk memperbetulkan tafsiran undang-undang berkaitan kuasa eksekutif menteri kesihatan dalam membuat keputusan dasar demi kepentingan strategik negara.

    Malaysiakini sudah menghubungi KKM untuk mendapatkan maklum balas.

    Pada Jumaat, mahkamah membenarkan semakan kehakiman yang difailkan tiga NGO terhadap Zaliha dan kerajaan berhubung tindakan mereka mengeluarkan produk nikotin cecair dan gel daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun pada 2023.

    Tiga NGO terbabit ialah Voice of Children (VoC), Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MTCT) dan Persatuan Paru-paru Hijau Malaysia yang memfailkan cabaran undang-undang itu pada Julai 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah