26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jadi Kreatif Guna Duit SARA & Menang RM5,000! Ramai Dah Join ‘SARA Cara Kita’!

    Shopee Sale

    Siapa sangka bantuan SARA Untuk Semua bukan saja boleh bantu ringankan perbelanjaan harian, malah boleh jadi peluang bawa pulang hadiah tunai sehingga RM5,000!

    Menerusi peraduan ‘SARA Cara Kita’ anjuran SAYS, rakyat Malaysia kini diajak berkongsi cara paling kreatif dan bijak mereka menggunakan RM100 bantuan SARA menerusi media sosial.

    Daripada beli barang dapur, buat meal prep berjimat, sampailah jadikan duit bantuan sebagai modal bisnes kecil-kecilan, semuanya boleh dijadikan content menarik.

    Bukan sekadar peraduan, tapi kongsi idea berjimat

    Menariknya, kempen ini bukan hanya fokus pada hadiah semata-mata, tetapi mahu mengetengahkan realiti rakyat Malaysia yang pandai ‘survive’ dan urus kewangan dengan lebih kreatif.

    Ada yang guna duit bantuan untuk beli stok barang dapur sebulan, beli keperluan sekolah anak, masak menu bajet untuk keluarga, bantu jiran yang memerlukan serta mulakan side income kecil-kecilan dan paling penting, semua idea ini boleh dijadikan inspirasi untuk orang lain juga.

    Hadiah sehingaa RM5,000 menanti pemenang

    Sebanyak 36 pemenang bakal dipilih menerusi platform TikTok dan Instagram, dengan hadiah wang tunai lumayan.

    Antara hadiah ditawarkan:

    • Tempat pertama — RM5,000
    • Tempat kedua — RM3,000
    • Tempat ketiga — RM1,500
    • Saguhati — RM250 untuk 15 pemenang
    MENARIK:  Hairul Azreen Hantar Mesej Romantis Setiap Malam Kepada Hanis Zalikha – ‘Walau Sudah 10 Tahun, Saya Rasa Macam Baru Bercinta’

    Cara nak join pun mudah je:

    Tak perlu isi borang panjang atau hantar resit berhelai-helai.

    Peserta cuma perlu:

    1. Hasilkan video atau gambar kreatif berkaitan penggunaan RM100 SARA
    2. Upload di TikTok atau Instagram
    3. Letak hashtag #SARACaraKita
    4. Tag @saysdotcom
    5. Pastikan akaun dalam mod public

    Syarat penyertaan ‘Sara Cara Kita’:

    • Dibuka khas kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun keatas yang layak menerima SARA.
    • Konten mestilah asli, positif dan tidak menyentuh isu sensitif.
    • Tempoh peraduan bakal berakhir pada 31 Mei ini.

    Jadi tunggu apa lagi? Inilah masanya nak tunjuk dekat satu Malaysia yang rakyat kita memang kreatif bila bab urus duit dan perbelanjaan harian.

    Mana tahu content santai yang korang upload tu jadi rezeki bawa pulang hadiah RM5,000!

    Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti media sosial SAYS dan SAYS Seismik. Good luck semua!

    The post Jadi Kreatif Guna Duit SARA & Menang RM5,000! Ramai Dah Join ‘SARA Cara Kita’! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah