Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman berkongsi amalan yang sering dilakukannya setiap kali melihat orang lain memperoleh kejayaan atau rezeki yang baik dalam kehidupan.
Artikel Berkaitan: Sissy Imann Syukur Berjaya Beli Rumah Sendiri – ‘My Own Blood, Sweat & Tears’
Doakan rezeki orang lain

Menerusi hantaran di Threads, Sissy berkata dia memilih untuk terus mendoakan kebaikan buat individu tersebut berbanding timbul perasaan iri atau dengki.
Menurut Sissy, mendoakan perkara baik untuk individu yang disukai mungkin mudah dilakukan, namun cabaran sebenar adalah apabila melihat kejayaan orang yang kurang disenangi.
Saya sentiasa amalkan, bila nampak orang lain berjaya saya akan terus berdoa, ‘Ya Allah, murahkan lagi rezeki dia dan tambahkan lagi kejayaannya’.
Selalunya kalau orang yang kita suka, memang mudah untuk kita doakan yang baik-baik. Tetapi bila nampak orang yang kita kurang suka berjaya, kadang-kadang timbul juga rasa menyampah atau iri hati, kan?
Bagaimanapun, pelantun lagu Mungkin Kamu itu percaya seseorang tidak akan rugi sekiranya terus mendoakan yang baik-baik dengan hati yang ikhlas.
Tak mengapa, cuba sahaja doakan mereka dengan ikhlas. Kita tak akan rugi apa-apa pun. Hidup ini kita cuma mahu tenang-tenang sahaja.
Percayalah pada Allah, sebab Allah sudah susunkan yang terbaik untuk setiap daripada kita juga.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersetuju dengan pandangan penyanyi itu selain mengakui sikap positif seperti itu mampu membantu seseorang hidup dengan lebih tenang dan bahagia.
Sumber: Threads
The post ‘Bila Nampak Orang Kurang Suka Berjaya, Kadang Timbul Rasa Menyampah Kan?’ – Sissy Iman Kongsi Amalan Elak Iri Hati first appeared on OHBULAN!.





