Penerbit dan pelakon, Raja Azmi tampil menjelaskan bahawa dia masih mempunyai impian yang belum tercapai, iaitu menunaikan ibadah haji.
Artikel Berkaitan: Raja Azmi Mengaku ‘On’ & ‘Off’ Pakai Tudung
Artikel Berkaitan: Masukkan Unsur Seks Dalam Novel Terbaru, Raja Azmi Sedia Dikecam
Pakai tudung tapi balut aurat
View this post on Instagram
Menerusi podcast The X Editor di Instagram, Raja Azmi Raja Sulaiman, 66, meluahkan pandangannya mengenai isu pemakaian tudung dan aurat dalam kalangan wanita, dengan menegaskan bahawa penutupan aurat bukan sekadar melibatkan rambut semata-mata.
Sebalikya, ia merangkumi keseluruhan tubuh badan.
Saya teringin sangat nak pergi haji.
Masih belum dapat lagi, dan tak tercapai lagi.
Bagi saya, yang muda-muda ini patut kena pakai tudung.
Tapi sekarang ini pun ramai yang pakai tudung konon-kononnya tutup aurat, tapi mereka hanya tutup rambut sahaja.
Aurat yang ada di tubuh badan itu, mereka tak tutup pun, tapi mereka balut.
Pakai seketat-ketatnya, sampai nampak bentuk payudara terbonjol.
Tapi atas kepala pakai tudung, apa gunanya?
Tak pakai tudung tapi baju longgar

Dalam pada itu, aktres drama ‘Marhaban Kome Oi’ turut berpendapat bahawa golongan wanita berusia tidak seharusnya memakai tudung.
Saya nak pakai tudung untuk apa?
Makcik-makcik di kampung itu semua dah tua-tua, dan rambut mereka pun selamba tak pakai tudung, siap berkemban lagi.
Dalam Al-Quran pun dah tulis, kalau dah tua tak perlu bertudung.
Yang muda-muda ini perlu pakai tudung.
Tak percaya, boleh tanya pada ustaz, nanti kalau ustaz marah saya, tak apalah.
Bagi saya, tutup aurat, bukan balut aurat.
Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa dirinya tidak bertudung, sebaliknya memilih untuk berpakaian longgar dan menafikan dakwaan bahawa dia mengenakan pakaian ketat seperti yang didakwa segelintir pihak.
Saya memang tak pakai tudung, tapi saya pakai baju longgar-longgar.
Saya tak ada pakai baju yang ketat-ketat, tak pernah.
Cuba check gambar-gambar saya semua, tak ada baju ketat, semua baju loose.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] ‘Yang Muda Kena Pakai Tudung, Tutup Aurat Bukan Balut Aurat’ – Raja Azmi first appeared on OHBULAN!.





