26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aisha Retno Dipilih Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Akan Aku Galas Tanggungjawab Gusti Puteri Ini’

    Shopee Sale

    Penantian ramai akhirnya terjawab apabila penyanyi Aisha Retno diumumkan secara rasmi sebagai watak utama Puteri Gunung Ledang bagi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical.

    Artikel Berkaitan: ‘Reward Diri Sendiri Dengan Mic Custom-Made Selepas 8 Tahun Dalam Industri’ – Aisha Retno

    Galas watak ikonik

    Pengumuman tersebut dibuat oleh pihak produksi menerusi satu hantaran di Instagram sekali gus menamatkan teka-teki mengenai siapakah figura yang bakal menggalas karakter ikonik berkenaan.

    Pemilihan Aisha nyata mengundang keterujaan peminat dan pencinta teater yang rata-ratanya tidak sabar untuk menyaksikan penyanyi itu membawa watak legenda tersebut ke pentas.

    Aisha menerusi ucapan ringkasnya di Instagram Story berkata dia akan menggalas tanggungjawab tersebut dengan sebaiknya.

    Akan ku galas tanggungjawab gusti puteri ini, bismillah.

    Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menzahirkan ucapan tahniah selain menyifatkan Aisha sebagai pilihan tepat untuk memegang watak Puteri Gunung Ledang yang cukup sinonim dengan Tiara Jacquelina sebelum ini.

    MENARIK:  ‘Jangan Pandang Rendah Kualiti Produk Malaysia’ – Christy Ng Bangga Jenama Lokal Kini ‘Mendonia’

    Terdahulu, pihak produksi turut mengumumkan kelainan untuk pementasan kali ini apabila bakal menampilkan dua watak Puteri Gunung Ledang serta dua pelakon bagi karakter Bayan.

    Penyanyi Mimi Fly dan pelakon Nadiah Aqilah diumumkan sebagai pemeran watak Bayan.

    Sementara itu, Luqman Hafidz pula bakal membawa karakter Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim memegang watak Gusti Adipati.

    Sumber: Instagram

    The post Aisha Retno Dipilih Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Akan Aku Galas Tanggungjawab Gusti Puteri Ini’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah