Anwar Ibrahim hari ini membidas pihak yang mengkritik langkah kerajaan memberikan suntikan tunai RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) yang dibelenggu hutang.
Sambil menegaskan bahawa pembiayaan itu hanya akan digunakan secara eksklusif untuk membayar balik vendor, Anwar berkata, jika tidak berbuat demikian dia akan tetap dikecam atas alasan yang lain pula.
"Daripada kira-kira 2,000 vendor, 80 peratus daripadanya adalah bumiputera yang telah menyumbang (kepada Sapura Energy). Bagaimana mereka (vendor) boleh dihukum?
“Kalau saya tak membantu, mereka (pengkritik) akan kata Anwar pengkhianat (yang), tidak lagi memperjuangkan nasib bumiputera, dia hanya jurucakap kepada DAP.
“Apabila kami bantu, mereka kata kami (kerajaan) hanya membantu syarikat itu.
"Saya bukannya menyelamatkan tauke-tauke kaya, (kerana) setiap sen dana akan disalurkan kepada vendor yang sudah bekerja, tetapi belum dibayar,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian semasa menyampaikan ucapah dalam perhimpunan bulanannya Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.
Anwar juga menambah, suntikan dana yang diberi kerajaan melalui syarikat tujuan khas itu bukanlah berbentuk 'hangus' sebaliknya perlu dibayar semula oleh Sapura Energy.
[Laporan lanjut menyusul]





