32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cantik Itu Apabila Hati Bahagia, Fasha Sandha Tak Mahu Letakkan Diri Di Tempat Terakhir

    Shopee Sale

    Bagi sesetengah orang, kecantikan mungkin diukur melalui wajah yang sempurna, kulit yang terjaga atau penampilan yang sentiasa memukau.

    Namun bagi Fasha Sandha, kecantikan membawa makna yang lebih dalam.

    ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha ‘Sekolahkan’ Rakan Sekerja Sering Lewat Ke Set Penggambaran – ‘Tak Perlu Saya Sebut Nama Dia’

    ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mental Saya Sudah Kuat Untuk Terima Segala Kecaman & Teguran Netizen’ – Fasha Sandha

    Seri Wajah Bermula Dengan Hati Bahagia

    Di sebalik solekan dan penampilan yang sering mencuri perhatian, aktres popular itu percaya seri sebenar seseorang bermula daripada hati yang bahagia, kehidupan yang dinikmati serta rasa syukur terhadap segala yang dimiliki.

    “Kecantikan dalaman bagi saya adalah rasa gembira, seronok dengan kehidupan dan sentiasa bersyukur. Apabila kita bahagia, perasaan itu akan terpancar pada wajah.”

    Ada kebahagiaan yang tidak perlu diterangkan dengan kata-kata kerana sinarnya boleh terlihat menerusi wajah. Barangkali, itulah kecantikan yang dimaksudkan Fasha.

    Belajar Menyayangi Diri Sendiri

    Bagi pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Natasha ini, untuk terus kelihatan bahagia dan cantik, seseorang perlu terlebih dahulu belajar menyayangi dirinya sendiri.

    Namun dalam kesibukan menjalani pelbagai tanggungjawab, terutama sebagai seorang ibu, diri sendiri sering menjadi perkara terakhir yang diberi perhatian.

    Keperluan orang lain sentiasa didahulukan sehingga ada kalanya seorang wanita terlupa bahawa dirinya juga memerlukan masa, perhatian dan ruang untuk kembali mengisi tenaga.

    “Untuk menjadi bahagia, diri kita sendiri perlu menyayangi dan mengutamakan diri. Sebagai seorang ibu, selalunya kita akan mendahulukan perkara lain sehingga terlupa bahawa kita juga perlukan masa dan perlu menjadi keutamaan.”

    Fasha percaya, seseorang wanita tidak seharusnya terus meletakkan dirinya pada kedudukan paling rendah.

    View this post on Instagram

    A post shared by XTRA (@xtra_my)

    Bukan kerana mahu mengetepikan insan lain, tetapi kerana diri yang terlalu lama diabaikan akhirnya akan kehilangan ruang untuk merasa bahagia.

    “Untuk kekal bahagia dan cantik, jangan letakkan diri sendiri di tempat terakhir. Itu prinsip yang saya pegang. Belajar hargai diri sendiri.”

    Kecantikan Juga Datang Daripada Kesihatan

    Selain menjaga emosi, Fasha turut memberi perhatian kepada pemakanan, waktu tidur dan senaman.

    MENARIK:  DJ Lin Hormati Keputusan Rara, Hubungan Masih Dalam Keadaan Baik – ‘Industri Kita Kecil, Tidak Mustahil Akan Bekerjasama Lagi’

    Baginya, penjagaan diri bukan hanya mengenai apa yang terlihat pada wajah. Tubuh juga perlu mendapat rehat yang cukup serta makanan yang lebih baik untuk kembali bertenaga.

    “Saya lebih kepada menjaga makan dan tidur. Kadang-kadang apabila tidur tidak cukup, kita perlu beri ruang untuk badan kembali pulih.”

    Seiring pertambahan usia, Fasha sedar terdapat lebih banyak perkara yang perlu diberikan perhatian.

    Makanan terlalu manis perlu dikawal, pengambilan nasi dan karbohidrat dikurangkan, manakala senaman pula perlu ditambah berbanding sebelumnya.

    “Apabila usia semakin meningkat, banyak perkara yang kita perlu jaga. Makan tidak boleh terlalu manis, nasi tidak boleh banyak dan karbohidrat perlu dikurangkan. Senaman juga perlu dilebihkan sedikit berbanding sebelum ini.”

    Tiada rahsia yang terlalu rumit dalam rutin kecantikan Fasha.

    Ia bermula daripada menjaga makan, mendapatkan rehat, menggerakkan tubuh dan memberikan sedikit ruang kepada diri sendiri untuk merasa bahagia.

    Kerana pada akhirnya, kecantikan bukan hanya tentang bagaimana seseorang terlihat di mata orang lain.

    Buat Fasha Sandha, kecantikan adalah apabila seseorang wanita masih mampu menyayangi dirinya, mensyukuri kehidupannya dan tidak membiarkan dirinya terus berada di tempat terakhir.

    " data-video-id="7666353354519498002" style="max-width: 605px;min-width: 325px">
    @xtra_my Cantiknya! Ini dia penampilan jelita aktres berbakat besar Fasha Sandha, anggun sangat tau! ❤ Ni ke orang cakap makin ditenung makin manis? 🥰 #xtramy #xtratonton #xtrapedia ♬ original sound – XTRA

    Seiring pandangan Fasha yang merasakan kecantikan bermula daripada rasa bahagia dan keyakinan diri, aktres cantik ini diumumkan sebagai duta terbaharu Safi Youth Gold Rania menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan.

    Pemilihannya dianggap selari dengan aspirasi kempen tersebut yang meraikan ketabahan, keaslian dan kekuatan wanita Malaysia, selain mengangkat makna keremajaan bukan sekadar pada wajah yang kelihatan muda, tetapi juga keberanian untuk menghargai diri dan kembali menyerlah sebagai versi diri yang paling yakin.

    The post Cantik Itu Apabila Hati Bahagia, Fasha Sandha Tak Mahu Letakkan Diri Di Tempat Terakhir first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah