26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Dipercayai Ditelan Ular Sawa, Penduduk Belah Perut Keluarkan Mayat 

    Shopee Sale

    Foto. Detik.com

    Mayat seorang lelaki ditemui pada kira-kira jam 8.30 malam Isnin selepas dipercayai menjadi mangsa seekor ular sawa gergasi yang menelannya di sebuah kawasan hutan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dua Ekor Ular Sawa Seberat 32 Kilogram ‘Lepak’ Atas Siling Rumah

    Artikel Berkaitan: Dah Macam Tarik Tali, Netizen Terhibur Tengok Cara Anggota JPAM Tarik Ular Sawa Dari Enjin Kereta

    Ditelan ular sawa

    Memetik laporan Detik.com, kejadian tersebut berlaku Kampung Waisakai, Daerah Mangoli Timur Laut, Maluku Utara, Indonesia. 

    Menurut Ketua Polis Kepulauan Sula, AKBP Handres berkata, seorang saksi dikenali sebagai Candra Umasugi bersama tiga rakannya sedang berjalan kaki merentasi hutan ketika dalam perjalanan pulang dari Desa Pelita Jaya ke Desa Waisakai.

    Ketika di dalam perjalanan, mereka menemui beberapa barangan milik mangsa, Hasim Lumbesy. Antaranya adalah, beg galas dan sandal.

    MENARIK:  [VIDEO] Pandangan Beto Kusyairy Buat Isteri Bikin Netizen Cair – ‘Definisi Lelaki Bila Dah Sayang…’

    Dalam masa yang sama, mereka turut menemukan kesan titisan darah di lokasi kejadian. Berasa curiga dengan penemuan itu, mereka kemudian mengambil gambar sebagai bukti sebelum berpatah balik dan memaklumkan kejadian tersebut kepada penduduk kampung.

    Susulan laporan itu, penduduk kampung segara melancarkan operasi mencari mangsa.

    Semasa pencarian tersebut, mereka menemui kesan laluan seekor ular sawa, sebelum akhirnya mendapati mangsa berada di dalam perut reptilia berkenaan.

    Mayat mangsa berjaya ditemukan. Penduduk membunuh ular itu sebelum membelah perutnya bagi mengeluarkan jasad mangsa.

    Sumber: Detik.com

    The post Lelaki Dipercayai Ditelan Ular Sawa, Penduduk Belah Perut Keluarkan Mayat  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah