26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RCI TH: Kabinet mahu siasatan 2014-2022 dilanjut ke pengurusan baru – Zahid

    Shopee Sale

    Jemaah Menteri mencadangkan supaya tempoh dapatan kajian Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) turut meliputi tempoh pengambilalihan institusi oleh pengurusan baharu.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bagi membolehkan usaha pemulihan yang dilaksanakan selepas tempoh siasatan turut dinilai.

    “Jemaah Menteri telah mencadangkan agar jeda waktu untuk dapatan kajian ini dilanjutkan bukan hanya hingga 2020, tetapi dilanjutkan dari 2014 hingga 2022, dan 2022 hingga apabila pengurusan dan kepengerusian baharu TH mengambil alih.

    “Ini adalah bagi memperlihatkan agar usaha-usaha pemulihan dengan antaranya penstrukturan aset, pencairan aset dan lain-lain langkah untuk memulihkan TH itu benar-benar telah dilaksanakan berdasarkan pada syor-syor yang telah dibuat oleh Laporan RCI mengenai TH," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Program Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Negeri Sembilan 2026 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Jemaah Menteri turut bersetuju Laporan RCI TH didedah kepada umum dan dibentangkan dalam sidang khas Parlimen untuk dibahaskan.

    Beliau berkata Jemaah Menteri turut berharap langkah-langkah pemulihan dapat dilakukan sebagai tanda komitmen kerajaan dalam memastikan pendeposit TH memperolehi pulangan yang sewajarnya, sekali gus mengurangkan kos menunaikan ibadah haji.

    "Kita tahu bahawa kos melakukan ibadah haji sekarang telah meningkat dan kita tahu bahawa kalau dulu RM9,980 bagi setiap jemaah tetapi sekarang ini jumlah itu telah meningkat disebabkan peningkatan kos penerbangan, ground handling hotel dan sebagainya.

    "Namun saya fikir dengan keuntungan melalui dividen atau bonus yang akan diberikan kelak dengan pengurusan baharu, ianya akan memperlihatkan bahawa kos itu boleh diturunkan dengan menggunakan sebahagian dari keuntungan itu untuk menampung kos peningkatan kos mengerjakan haji," katanya.

    MENARIK:  Bekas panglima tentera darat, dua isteri ditahan SPRM

    Mengulas kebimbangan pendedahan laporan itu akan menjejaskan keyakinan pendeposit, Ahmad Zahid berkata ia sepatutnya dikeluarkan kira-kira tiga tahun lepas tetapi ditangguhkan kerana dikhuatiri menyebabkan berlakunya penebusan wang yang didepositkan di TH.

    "TH sedang menuju ke arah memantapkan portfolio pelaburan dan kedudukan aliran tunainya dan pada hemat saya, laporan itu bukan menuding jari kepada seseorang tetapi ia adalah satu syor yang pada saya tidak harus dipolitikkan apatah lagi pada Sabtu ini adalah hari yang penting untuk Negeri Sembilan.

    "Saya harap ia tidak dimanipulasikan ke arah itu," katanya.

    Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa Laporan RCI mengenai TH dari 2014 hingga 2020 akan dibuat pengelasan semula dan didedahkan hari ini.

    Fahmi berkata laporan berkenaan juga akan dibentangkan dan dibahaskan pada satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat

    Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan Kabinet akan bersetuju dengan cadangan mendedahkan laporan RCI berhubung TH kepada umum, setelah dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah