Kebanyakan warganet menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar segera menyiasat individu di sebalik akaun ‘Musang Berjanggut’.
Artikel Berkaitan: Amira Othman, Fattah Amin Tegas Tidak Tarik Laporan – ‘Kami Nak Tahu Siapa Musang Berjanggut’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Mohon Peminat Henti Provokasi & Fitnah – ‘Dari Hari Ini Kita Mula Berharmoni’
Netizen gesa segera jalankan siasatan

Menerusi tinjauan , salah satu hantaran yang dimuat naik oleh pentadbir akaun tersebut dibanjiri gesaan daripada warganet agar tindakan segera diambil susulan dakwaan aktor, Fattah Amin, yang menjadi mangsa pelbagai fitnah serta tuduhan melampau.
Pada hantaran sama, ruangan komen dipenuhi dengan desakan daripada netizen agar isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.
Difahamkan, hantaran tersebut dimuat naik oleh admin MCMC empat hari lalu namun kembali menjadi perhatian susulan dakwaan bahawa masih belum ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkaitan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan.
Meskipun dihujani dengan pelbagai komen desakan, MCMC dilihat tidak memberi sebarang klarifikasi terhadap isu itu pada ketika ini.
Desakan netizen




Terdahulu, Fattah tampil bersuara susulan satu akaun di Threads yang didakwa mengandungi pelbagai fitnah dan tuduhan melampau terhadap dirinya.
Sumber: Threads @MCMC
The post Warganet Gesa MCMC Jalankan Siasatan Segera, Nak Tahu Siapa ‘Musang Berjanggut’ first appeared on OHBULAN!.





