29.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelan Oman gugat percaturan Iran kuasai laluan minyak di Hormuz

    Shopee Sale

    Oman menyerahkan cadangan kepada Iran yang menggariskan pengurusan serantau bagi Selat Hormuz serta mengenakan caj perkhidmatan secara sukarela untuk lalu lintas kapal, berbanding hasrat Tehran yang mahu mengekalkan kawalan penuh dan mengenakan bayaran wajib.

    Kawalan ke atas selat berkenaan — laluan sempit antara Teluk dan Lautan Hindi yang menjadi laluan utama untuk kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia serta barangan penting lain — menjadi punca utama halangan dalam usaha menyelesaikan peranang antara AS dan Iran.

    Sumber Teluk dan seorang diplomat Barat memberitahu Reuters bahawa cadangan itu diserahkan kepada Iran pada hujung minggu lalu semasa perbincangan di Tehran.

    Pelan itu mengesyorkan pembentukan mekanisme bersama peringkat serantau untuk menguruskan selat berkenaan, dengan bayaran sukarela bagi membiayai kos pengurusan navigasi, perlindungan alam sekitar, operasi mencari dan menyelamat, serta perkhidmatan lain.

    Pelan Oman ini berasaskan atur cara sedia ada di Selat Melaka yang menghubungkan Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik, dengan Indonesia, Malaysia, dan Singapura meminta kapal menyumbang bayaran secara sukarela bagi perkhidmatan yang disediakan.

    Mengapa Oman kemukakan pelan baru bagi Hormuz?

    Iran menutup selat yang terletak di antara pesisir pantai Iran dan Oman itu sejurus peranang bermula pada 28 Februari lalu, berikutan serangan AS dan Israel yang mengorbankan Ali Khamenei.

    Tindakan itu berlanjutan apabila Iran menegaskan apa yang dipanggil sebagai hak kedaulatannya untuk menguruskan selat berkenaan serta mengutip bayaran bagi perkhidmatan yang tidak dinyatakan bersama-sama Oman.

    Perjanjian gencatan senjata sementara yang dipersetujui Iran dan AS pada Jun secara khusus memberi perananan kepada Oman untuk menentukan pengaturan laluan selat itu.

    Perjanjian berkenaan menyatakan bahawa Iran akan mengadakan dialog dengan Oman bagi menentukan pentadbiran dan perkhidmatan maritim masa depan di selat tersebut, melalui perbincangan dengan negara Teluk yang lain serta selari dengan undang-undang antarabangsa.

    Bagaimanapun, walaupun Oman mengadakan dialog dengan Iran berhubung isu ini, satu-satunya penglibatan terbuka negara itu ialah panduan yang dikeluarkan pada Jun untuk kapal yang melalui laluan selat di perairannya tanpa mengenakan sebarang bayaran.

    Apa yang Iran mahu?

    Iran mahukan perjanjian damai kekal bagi membolehkan Tehran mengenakan bayaran kepada kapal yang melalui selat berkenaan.

    Ia tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana struktur bayaran itu akan berfungsi, namun seorang pegawai Iran memberitahu Reuters sebelum gencatan senjata sementara pada Jun bahawa bayaran bergantung pada faktor seperti jenis dan saiz kapal, muatan, serta syarat lain yang tidak dinyatakan.

    Iran menganggap percubaan kapal untuk belayar di selat berdekatan pesisir pantai Oman semasa gencatan senjata sebagai pelanggaran syarat perjanjian lalu melepaskan tembakan ke arah kapal berkenaan.

    Ia menyatakan semua kapal yang melalui selat itu mesti berhubungan dengan Pihak Berkuasa Selat Teluk Parsi, sebuah badan baharu yang ditubuhkan untuk menguruskan laluan berkenaan.

    MENARIK:  Empat pekebun durian mengaku tidak bersalah tuduhan pengubahan wang haram

    Pegawai kanan Iran menegaskan bahawa kawalan ke atas selat itu kini menjadi matlamat utama bagi Tehran dalam pendekatannya terhadap konflik berkenaan.

    Adakah Trump mahukan bayaran bagi laluan di Hormuz?

    Selepas perjanjian gencatan senjata itu terbatal pada Julai, Donald Trump menyatakan Washington akan mengenakan bayaran bagi penggunaan Selat Hormuz, dengan menuntut 20 peratus daripada nilai keseluruhan kargo yang dibawa.

    Kenyataan yang dibuat menerusi hantaran di media sosial itu kelihatan bercanggah dengan kenyataannya sendiri sebelum ini bahawa laluan Hormuz sepatutnya percuma, serta bercanggah dengan pandangan pegawai kanan lain dalam pentadbirannya.

    Pada 25 Jun, Marco Rubio menyatakan bahawa "tiada negara di bumi mempunyai hak untuk mengenakan bayaran bagi penggunaan laluan air antarabangsa" dan bayaran perkapalan tidak akan sekali-kali menjadi sebahagian daripada sebarang perjanjian damai.

    Trump kemudiannya berkata tiada sesiapa patut mengenakan bayaran untuk laluan di selat itu, sambil menambah dia merasakan tidak adil jika AS perlu menanggung kos melindungi laluan berkenaan.

    Adahkah sah untuk kenakan bayaran?

    Selat berkenaan terdiri daripada perairan wilayah Iran dan Oman, dengan sempadan maritim merentasi bahagian tengahnya.

    Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unclos) menetapkan bahawa negara yang bersempadan dengan selat tidak boleh menuntut bayaran semata-mata untuk memberi kebenaran laluan.

    Bagaimanapun, mereka boleh mengenakan bayaran terhad bagi perkhidmatan khusus seperti pemanduan arah, tunda, atau perkhidmatan pelabuhan, dengan syarat bayaran itu tidak dikenakan secara berat sebelah ke atas kapal dari negara tertentu sahaja.

    Iran mahupun AS bukan negara yang menandatangani Unclos, namun konvensyen itu secara meluas dianggap sebagai undang-undang maritim antarabangsa dan Hormuz diiktiraf sebagai selat antarabangsa.

    Pada 1968, Iran dan Oman bersetuju dengan skim laluan trafik bersama IMO dengan kapal besar menggunakan laluan laut di bahagian tengah selat. Menurut IMO, tindakan Iran menanam periuk api semasa peranang kini menyebabkan laluan berkenaan tidak selamat untuk digunakan.

    Adakah negara lain akan menerima caj laluan?

    Pegawai industri perkapalan menyatakan tiada tindakan sepihak untuk menuntut bayaran lalu lintas di mana-mana selat pernah dibuat dalam sejarah moden. Negara Teluk, yang bergantung pada selat itu sebagai laluan utama bagi eksport minyak mereka, amat bimbang tentang isu bayaran berkenaan.

    Terusan Panama dan Terusan Suez, yang dibina menerusi kerja pengorekkan dan bukan terbentuk secara semula jadi, dikendalikan secara berbeza berbanding selat.

    Selat Turki — Bosphorus, Laut Marmara dan Dardanelles yang terletak di antara Laut Hitam dan Laut Mediterranean — dikawal oleh Konvensyen Montreux 1968 yang menjamin laluan bebas bagi kapal dagang pada waktu aman.

    Konvensyen itu membenarkan Turkiye mengenakan caj standard bagi menampung kos perkhidmatan, tetapi tidak membenarkan pengenaan bayaran laluan secara umum.

    Singapura pula tidak mengenakan sebarang bayaran bagi laluan di Selat Singapura.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah