Pelakon Syatilla Melvin menjelaskan mengapa dia masih memilih untuk melakukan pemasaran affiliate walaupun sudah mempunyai perniagaan sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Rasa Solat Beban Sebab Selalu Tangguh’ – Syatilla Melvin
Artikel Berkaitan: ‘Aku Tersangat Bangga Jadi Anak Melayu & Rakyat Malaysia, Adab Kita Menang!’ – Syatilla Melvin
Syatilla aktif buat affiliate

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata masih ada segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya itu kerana menganggap dia tidak lagi memerlukan pendapatan tambahan.
Mungkin ada yang beranggapan, dah berduit, ada produk sendiri tapi kenapa masih pilih buat affiliate?
Ramai orang sekeliling yang bergantung harap dengan kita tanpa kita sedar. Jadi bila peluang senang datang depan mata untuk kaut duit, kenapa nak duduk diam?
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam berpendapat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan Allah tidak akan berkurang. Sebaliknya akan terus bertambah apabila dimanfaatkan dengan baik dan dikongsi kepada mereka yang memerlukan.
Tak kisah apa status kita. Mindset gila duit kena ada untuk kesenangan orang lain. Lagi banyak rezeki Allah bagi, lagi ramai juga Allah hantar mulut untuk kita suap.
Demi Allah, satu sen yang kita keluarkan takkan sesekali merugikan pun.
Syatilla turut menitipkan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang membina kerjaya sebagai affiliate agar tidak mudah berputus asa.
Saya doakan semua yang masih mencuba, tolong jangan give up! Berapa ramai affiliate yang bukan selebriti pun, tapi lagi kaya raya daripada artis.
Sumpah bangga gila tengok. Please keep going! Selagi kita buat perkara yang Allah suka, tak mungkin Allah akan sulitkan urusan kita. Bismillah.
Sumber: Threads Syatilla Melvin
The post Syatilla Melvin Dedah Sebab Aktif Buat Affiliate – ‘Ada Peluang Depan Mata Kaut Duit, Kenapa Nak Duduk Diam?’ first appeared on OHBULAN!.





