Tujuh pelajar sekolah menengah di Sentul ditemui tidak sedarkan diri selepas mengambil vape mengandungi dadah sintetik pada 22 Julai lalu.
Artikel Berkaitan: Pelakon Wanita Drama Kepolisan Didakwa Ditahan Dalam Bilik VIP, Positif Tiga Jenis Dadah
Artikel Berkaitan: Pelakon Wanita Drama Kepolisan Ditahan Positif Dadah
Dadah

Memetik Berita Harian, kes itu menjadi petunjuk awal untuk Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menjalankan tiga operasi khas untuk menumpaskan tiga sindiket pengedaran vape mengandungi dadah sintetik.
Dalam operasi tersebut, JSJN Bukit Aman menahan seramai 14 individu di sekitar Lembah Klang dan Selangor dan merampas sebanyak lebih RM45.6 juta.
Sindiket berkenaan dipercayai menggunakan taktik mengimport dadah dan peralatan vape secara dalam talian dari luar negara sebelum membuat ikrar borang palsu kononnya barangan itu adalah aksesori dan jus buah selepas diseludup dalam kontena.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan, kemunculan vape yang disyaki mengandungi cecair dadah menjadi cabaran dalam membanteras jenayah narkotik di negara ini.
Situasi itu semakin membimbangkan susulan kejadian membabitkan tujuh pelajar di Sentul, yang didapati khayal selepas menggunakan vape mengandungi cecair dadah sehingga menyebabkan dua daripada mereka dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Fenomena ini amat serius dan memerlukan tindakan tegas bagi mengekang penularan vape mengandungi dadah dalam kalangan masyarakat.
Kata Hussein, Op Kesing pada 23 Julai lalu berjaya menumpaskan sindiket dipercayai didalangi warga asing dengan penahanan sembilan individu termasuk seorang lelaki yang disyaki ketua sindiket.
Serbuan di Kajang, Gombak dan Sentul turut membawa kepada rampasan 742.74 kilogram cecair methamphetamine, 1.54 kilogram serbuk methamphetamine, 27.52 kilogram cecair MDMA, 3.38 kilogram serbuk MDMA, 4.16 kilogram ketamin dan 1.54 kilogram pil Erimin 5, pil ekstasi 318 gram, pil Yaba, 21 gram, ganja, 151 gram dan 962 katrij vape cecair MDMA.
Dalam operasi berasingan pada hari sama, Op Madarini melumpuhkan sindiket yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini dan menjadikan rumah di sekitar Lembah Klang sebagai lokasi penyimpanan serta pembungkusan vape mengandungi dadah sebelum dihantar ke luar negara.
Operasi itu menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia antara 27 hingga 55 tahun.
Polis turut merampas 1,340 kartrij vape mengandungi cecair MDMA dengan nilai dianggarkan RM402,000.
Katanya, seorang suspek didapati positif amphetamine hasil saringan air kencing, manakala dua suspek tempatan mempunyai 10 rekod kesalahan berkaitan dadah.
Semua suspek direman selama tujuh hari bermula 24 hingga esok bagi membantu siasatan.
Sumber: Berita harian
The post JSJN Tumpaskan 3 Sindiket Vape Dadah Selepas 7 Pelajar Sentul Tidak Sedarkan Diri first appeared on OHBULAN!.





