30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ekuiti bumi naik 50%: Apa alasan Kementerian Ekonomi, soal Lim

    Shopee Sale

    Dasar kerajaan yang diperkenalkan pada November lalu, yang mewajibkan pemilikan 50 peratus bumiputera bagi mana-mana syarikat yang mahu membeli hartanah milik GLC atau GLIC bernilai lebih RM20 juta, kini menjadi perhatian.

    Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, dalam kenyataan pada Ahad, mempersoalkan mengapa Kementerian Ekonomi menaikkan ambang ekuiti itu daripada 30 peratus kepada 50 peratus.

    Dia mendakwa perubahan dalam garis panduan pemerolehan hartanah (PAG) itu bukan saja mengecewakan penyokong PH, malah turut menimbulkan kebimbangan kerajaan Madani mungkin menyelaraskan dasar lain dengan cara sama.

    Sehubungan itu, dia menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengembalikan dasar berkenaan kepada ambang 30 peratus.

    Lim juga menafikan perkara itu isu perkauman.

    “Tiada rakyat Malaysia Cina membantah pemerolehan RM2 bilion bagi pegangan besar dalam Eco World Development Group Bhd dan syarikat saudaranya oleh usahawan bumi terkaya, Syed Mokhtar Albukhary.

    “Jelas, rakyat Malaysia Cina menerima urus niaga ini kerana mereka melihatnya bukan melalui lensa perkauman, tetapi sebagai keputusan komersial berasaskan pasaran oleh pihak swasta.

    “Masalahnya masih ada pelampau di Malaysia yang terus melihat sudut perkauman dalam setiap keputusan komersial,” katanya.

    Menurut The Edge, perubahan dasar itu dilaksanakan pada 18 Nov tahun lalu, ketika Kementerian Ekonomi diterajui Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

    MENARIK:  MCMC siasat video pijak gambar Jalur Gemilang di TikTok

    Apabila dihubungi untuk mendapatkan penjelasan pada Mac, kementerian itu memberitahu portal perniagaan berkenaan dasar tersebut bertujuan memastikan pelupusan aset strategik oleh GLC dan GLIC selari dengan objektif sosioekonomi negara serta agenda bumiputera.

    Ini termasuk memastikan manfaat ekonomi daripada pelupusan aset “diagihkan dengan lebih inklusif dan menyumbang kepada penciptaan kekayaan mampan komuniti bumiputera.”

    Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan melalui kenyataan pada Isnin berkata matlamat keperluan ekuiti yang disemak semula itu selari dengan aspirasi nasional bagi pembangunan seimbang.

    Bagaimanapun, katanya, dasar seperti itu tidak harus dilaksanakan secara kabur sehingga membuka ruang kepada tafsiran bercanggah.

    “PAS akur bahawa usaha untuk memperkukuh penyertaan dan pemilikan bumiputera dalam ekonomi adalah selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan serta cita-cita dan matlamat pembangunan seimbang.

    “Namun begitu, dasar melibatkan aset bernilai tinggi dengan kesan langsung ke atas pasaran modal, institusi kewangan dan dana awam tidak seharusnya ditangani secara tidak jelas atau terdedah kepada tafsiran yang saling bercanggah,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah