32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saifuddin tiada maklumat tentang bahagian tambahan pengampunan diraja

    Shopee Sale

    Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata dia tiada maklumat berhubung bahagian adendum (tambahan) dalam pengampunan diraja yang membenarkan Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjara di rumah.

    Katanya, dia hanya menerima surat permohonan Najib untuk menghabiskan baki hukuman penjara di rumah.

    “Dan saya tiada maklumat berkaitan dokumen tambahan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya, hari ini.

    Saifuddin mengulas dakwaan Najib semalam bahawa dia memperoleh adendum dalam pengampunan diraja yang membenarkannya menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun di rumah.

    Najib semalam membuat dakwaan itu dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 April lalu.

    MENARIK:  Pemuda Bersatu bantah longgar syarat kemasukan pelancong China, India

    Dalam semakan kehakiman itu, dia memohon mahkamah mengarahkan menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan dan beberapa lagi responden untuk mengesahkan dakwaan itu.

    Menurut salinan permohonan semakan kehakiman itu, Najib mendakwa bahagian tambahan itu dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah